Tuesday, 24 July 2018

Hari baru

Hari baru semangat baru. Alhamdulillah ive survived transplant! Nanti aku cerita pengalaman transplant yang maha dasyat sakitnya. Sarapan pagi ini tanpa ayah disisi. Semalam ayah dah balik Sudan. Harapnya selamat sampai ke destinasi. Esok aku ada event di damansara bersama cancer fighter dan kemungkinan besar ada crew tv3 bersama untuk membuat rakaman. Masih terfikir-fikir nak pakai baju apa. Pening kepala dibuatnya. Kalau boleh aku nak pakai baju kelawar je ha senang! Rindu pulak dekat ayah. Bangun pagi tadi rasa sunyi kalau tak terdengar-dengar ayah menjerit panggil sarapan sama.

Update terkini kehidupan aku, badan aku masih lemah tapi jiwa aku semangat berkobar-kobar haha. Aku dapat rasakan badan aku kurang darah. Tapi tak terlalu serius. Doktor dah bekalkan ubat booster darah dan beberapa supplement untuk darah seperti folic acid dan iron. Alhamdulillah selera aku semakin hari semakin baik cuma berat susah betul nak naik. Sakit betul bila berbadan kurus. Tulang tersembul-sembul. Bila duduk dekat permukaan yang keras betapa sakitnya punggung aku bila terkena tulang pinggul. Nak angkat barang apa tah lagi. Badan seperti melayang-layang. Haha. Rindu pulak masa zaman gemok. Tapi susah cari baju. Sekarang nak pakai baju size kikilala pun muat haha

Lagi beberapa bulan majlis perkahwinan along dan angah. Aku as self made manager untuk diaorg masih sedaya upaya untuk turut serta menyumbang tenaga dan buah fikiran aku untuk majlis yang lancar dan membahagiakan mereka. Selain itu, aku juga merancang untuk majlis berinai mereka. Kira upacara bonding adik-beradik dan sanak saudara. Tema masih difikirkan lagi. Aku merancang untuk menari bersama adikku. Entahlah tengoklah nanti kalau rajin nak berjoget kalau tak berpoco-poco je atau chicken dance Hahaha.




P/s: Post ni dah lama dalam draft. 









No comments:

Post a Comment

Journey To Heal : Relapsed

September 2016, Hampir sebulan aku kembali ke UIA. Dalam pada waktu itu juga, batukku kembali. Kali ini lebih teruk dari dulu. Aku tak bo...