Boleh tahan berzaman jugak nak update blog ni. Padahal takde mende pun buat dekat rumah selain makan tidur solat baca buku and ambil tahu isu semasa. Okay, post kali ni banyak gambar je. Kita kasi hidang gambar je pada awak-awak semua. hihi (Padahal takde idea dah nak update pasal apa...haha) Makcik aku pun sibuk tanya bila nak update blog. Blog ni makin lama makin hambar level 35 candy crush dah. (Anyway, aku still geram dengan makhluk yang invite main candy crush dekat fb ni. Jangan sampai aku buat kau jadi rendang untuk raya tahun ni!)
Sepanjang setahun lebih drama 'Kekwa Kanser Berdarah' disiarakan di instagram. Ada beberapa pelakon yang tak ngajak tiba-tiba buat sepraiz visit. Tiap kali aku warded mesti tiba-tiba ada je yang call tanya 'Eh, kau ward mana bilik berapa' Aku dengan kepala botak ni tergopoh-gopoh capai tudung. Rakus tau perangai pelakon-pelakon tambahan aku ni. hehe
Selain datang hidang muka masing-masing depan aku, diaorg turut datang dengan pakej, siap bawa kek, belon, tomyam, flower crown (yg ni aku tak faham motif dia bawak hahaha), buah-buahan. Powerr betul effort masing-masing semata nak buat Kekwa doploh pat jam nyengih busuk tepi katil wad. Okay, pe lagi meh aku cerita sorang2 punya perangai bila datang wad 6TD.
Adzimah Ratu Air Mata
Aina Si Katik Tapi Celik
(Ampuni daku ketika kegemukkan sedang melanda diwaktu ini) |
Tak perlulah aku jelaskan tentang yang 'katik' tu sebab dah terang lagi bersuluhkan (Aina, kakak lebiu olwez hihi) yang celik tu ha. Pandai gila budak ni. Aku pulak yang stress tiap kali dengar result dia bila adik aku cerita. Kau makan kismis 30 balang ke aina? haha. Masa ni aina datang dengan parents dia sekali. Mak bapak aina lawak gila. Nak gelak tapi tak larat pulak masa tu. haha. Thank u aina datang melawat kakak. Kakak doakan moga awak terus excellent dalam pelajaran dan sentiasa manja macam selalu. Kakak love you !
Afiqah My BFF.
Serabai gila muka aku |
Farhana dan Kuncu-kuncunya
Fana :Saya jatuh cinta pada awak sejak terpandang betapa panjangnya bulu hidong awak Me: Awww fana. Thats so sweet of yaa! |
Si Kepoh Tiqa dan Si pasif P.a
Geng Bas Sekolah Rendah
Rombongan Cik kiah Smkap
Marhaban TTL
Okay untuk geng Marhaban TTL ni kasi banyak sikit gambar sebab banyak kali jugak diaorg datang melawat. Tu tak kira lagi dengan sepraiz visit dari YB Fikri Ahmad yang diaorg plan.Sakai eh perangai masing-masing -.- Takde benda nak cerita biarlah gambar yang berbicara betapa sayangnya saya pada mereka bersembilan :)
Sepraiz visit from YB Fikri Ahmad dan Datin Paduka Ishqie
Ucu Si Neelopahh
Usrati Jannati
Cliche kan nama usrati jannati. haha, Tapi itulah kebenarannya nama group whatsapp kita org. Nama pun group usrah. Takkan nak letak 'Kami Dak Pavi'. atau 'Kami Kawan Setia Till Jannah' lak kan. Haruzlah nama yang bertemakan islamik wa tarbiyyah sikit.Lol. Eh rindunya lawak hanan. Aku selalu tewas dengan lawak hanan. Aku harap dia tak pakai saka atau sebarang entiti yang berada dibelakang beliau (Cuba zoom gambar untuk pengesahan emmm) Rindu sol, anis, tini, putri, alia, hanan, jai dan iz. :/
Sebenarnya ada ramai lagi yang datang. Antaranya Amira muhammad retis uia, Tokpah my nenek yang rock, Datin paduka seri Ibu mas kangkar tebrau,aush, atin, tella my bibigel, Ibu lin dan keluarga yang tak pernah lupa nak tanya alang nak tomyam ke tak tiap kali alang warded. Ahli keluarga belah ibu dan belah ayah. EH SEMUALAH SENANG!!!
(haih lupa dah siapa yang datang lagi...)
Terima kasih pada semua yang datang bagi moral support tanpa henti. Pada yang saya tak nyatakan nama atau tak letakkan gambar itu tak penting. Yang penting keikhlasan kalian tak putus-putus bagi semangat.
Moga Tuhan dapat membalas jasa semua :)
p/s: Kalau korang nak aku share pasal apa2 yang berkaitan dengan 'journey to heal' let me know okay ? :*
No comments:
Post a Comment