Thursday 24 January 2019

Kekwa naik Superstar Gemini Cruise!

Hola holi ku beri nama cikebum cikebum!

Phewsss~  It’s been awhile! Happy new yearrrrr! Walaupun dah tinggal ¾ Januari dah. Hari ni rajin pulak aku nak bercerita al kisah aku menaiki cruise.  Sebenarnya, aku dah lama teringin nak naik cruise. Tapi, tak pernah request atau bagitahu ibu ayah. Cuma ada selitkan dalam doa harian aku. Aku selalu amaze dengan doa-doa yang aku pinta dari Allah dan Dia tunaikan. Sama ada lambat atau cepat. Bila tertunainya doa tu, terus rasa meremang! (selingan tazkirah lol) I even did some research about it. Tengok harga naik per pax, tercabut rahang aku. Hahahahaha. Tapi, sumpah berbaloi sangat dengan harga yang dia offer!



Okay, sebelum tu korang boleh jugak tengok video travel vlog aku. Ada 3 part. hehehe


TRAVEL VLOG: STAR CRUISE SUPERSTAR GEMINI 2019! (DAY 1)



https://www.youtube.com/watch?v=fbyfuza8-b0&t=15s

TRAVEL VLOG: EXPLORING PHUKET (DAY 2)



https://www.youtube.com/watch?v=tujPMbXq_MM&t=521s


TRAVEL VLOG: WELCOME TO LANGKAWI (DAY 3 & 4)



https://www.youtube.com/watch?v=MP70IyC0p7I


Okay, kami memilih untuk menaiki star cruise Gemini 4 hari 3 malam bertolak dari port klang-phuket-langkawi dan akhir sekali balik port klang.
Ayah memilih travel agency @kakijalan.hq https://www.instagram.com/kakijalan.hq/?hl=en (Instagram). Ayah kata sebenarnya dia cuak jugak takut scam. Yelah beribu dah bayar. Alhamdulillah, travel agency tu LEGIT okay? Haha. We even call the travel agency many times for confirmation. Mesti diaorg annoyed, tapi  lantaklah! Bayar mahal kot hahahahaha.


Korang boleh juga book di website terus. Pilihlah okay?
Harga pakej lebih kurang 1400++ termasuk harga bilik, harga makan (5 kali makan sehari) insurance dan gratuity fee dan port charge. Harga tak termasuk perbelanjaan di Phuket dan Langkawin ya. Dia ada macam2 pakej dan offer. Korang boleh pilih mengikut kesesuaian dan bajet korang, okay?. Contoh kalau korang nak pergi Phuket by travel agent, boleh pergi dengan cruise punya travel agent, kalau turun dari kapal pun akan ada travel agent dari Phuket yang offer pakej2  diaorg. Kami sekeluarga memilih free and easy, both untuk Phuket and Langkawi. Senang nak bergerak. Orang dekat Phuket pun ada yang pandai cakap melayu.  Kalau dekat Langkawi dah banyak kali pergi, jadi sewa kereta je and pakai maps. Sonang!

Dengar cerita, star cruise Gemini sampai bulan May je dekat Malaysia. Lepastu maybe dia pergi tempat lain. Soooo book now or neverrrr! Chewah!



TAX (CUKAI)

Ada dua cukai yang kita kena bayar. Ada sesetengah agency tak letak tau tax yang kita kena bayar. Bila tengok, wow murahnya. Dah book semua, nanti atas kapal kena bayar 2 tax. Kan dah rugi! Jadi, kalau boleh ambik agency yang dah include harga tax sekali. Jadi takdelah korang terkejut beruk atas kapal nanti haha.
  • Gratuity fee
  • Port charge

OUR CRUISE!


Kekwa bersama sjn mat dan achik nora!

Kami gerak dari rumah awal sebab perjalanan nak ke Boustead Cruise Center, Port Klang ni memakan masa selama 1 jam setengah. Sampai je sana, kena bayar parking RM20 untuk 4 hari.
Sampai je dekat Boustead Cruise Center, dalam pukul 11.30 dah boleh check in. Sama je procedure dia macam naik kapal terbang. Sebelum tu jangan lupa buat copy passport sebab nanti nak turun Phuket dia akan tengok copy passport dan access card (ni dapat masa check in nanti sorang satu) Masa nak naik kapal diaorg akan collect passport kita dan akan diserahkan pada hari terakhir kita sampai di Port Klang balik. 




Access Card

ACCESS CARD

Fungsi:
  • Seorang akan dapat  satu kad
  • Ini kunci bilik kita. Kalau hilang kena cepat2 report dekat receptionist nanti dia block kad lama dan bagi kad baru. (tiada bayaran untuk pertukaran kad baru)
  • Tiap kali nak pergi makan kena bawa kad ni. Sebab dia akan swipe kad ni menandakan kita dah makan untuk hari tersebut. Kalau dah makan lunch satu restoren, lepastu gatal2 nak pergi cuba restoren lain nanti bila swipe card dekat restoren lain dia akan charge.
  • Segala pembelian akan menggunakan kad ini. Last day baru settle semua bil. Contoh nak beli perfume ke, sebab atas kapal ni ada duty free. Dan ada waktu2 dia buat promotion, flash sale dan sebagainya. 



Bilik saya dan adik
Laluan ke bilik



BILIK

  • Ada macam2 jenis bilik. Harga pakej pun ikut harga bilik
  • Bilik kami Superior oceanview stateroom
  • Ada sofa, meja, tv, kettle, moisturizing lotion, berus gigi, towel  (Jadi, bawa yang perlu je)
  • Hari2 diaorg kemas bilik, tukar tuala, letak berus gigi baru.
  • Bilik kami ada cermin tingkap besar macam balkoni, tapi dia cermin jela tak boleh buka. So nampak pemandangan laut. Bangun pagi nampak sunrise. Kemain!


STAR NAVIGATOR

  • Ni macam buletin hari2 lah.(lupa nak ambil gambar haha)
  • Hari2 dia letak depan bilik aktiviti pada hari tersebut.
  • Segala info boleh rujuk situ.
  • Jadual makan pukul berapa pun dia bagitahu. Jadi kita boleh rancang perjalanan kita macam mana. (bagi yang nak turun Phuket dan Langkawi, sama ada nak lunch atas kapal ke dan sebagainya)
  • Travel agency ada bagi pre sale credit RM 50 setiap sorang. Ni untuk travel agency kitaorglah. Lain tak tahu. Kitaorg guna untuk beli jus buah (RM15) dengan beli popcorn masa tengok show yang disediakan.






Setiap deck warna tangga dia lain2





MAKAN

  • Kena tengok jadual makan dalam star navigator yang dia bagi hari2
  • Ada 3 yang boleh dimakan (pork and lard free), bella vista,mariners and ocean barbeque.
  • Takde tanda halal sebab restaurant serve alcohol. Tapi makanan lain semua Halal. Don’t worry. Ni chef yang confirmkan sendiri sebab masa tu adik ragu2 nak ambil nasi ayam Hainan, terus chef tu cakap its halal. Hehe.
  • Tak semua restaurant buka pada waktu yang sama. Kadang2 bella vista tak serve breakfast. Dia serve lunch. Apa2 hal rujuk star navigator okay?
  • Naiklah 3 kg lepas balik rumah hahaha
  • Ada 5 kali makan
  • Even supper dia pun sedap, nasi goreng nenas, bubur pulut hitam, drummet chicken, tomyam noodle.
  • Kadang2 sotong, udang, kupang besar tapak tangan
  • Last day, ada makan salmon, lobster, lamb. Fine dining
  • Makan kekwa bagi 5/5. Makan sampai terduduklah orang kata. haha






Makan sambil menikmati pemandangan laut. cewah!




Lamb!

Lobster

Salmon


LAIN-LAIN

  • Some shows/entertainment ada yang kena bayar. Contoh: macam Salsa dance class, cruise tour, DJ Mixing class, Jamming session. Dia ada bagitahu aktiviti apa yang kena bayar dalam star navigator kalau nak join, boleh book masa ada atas kapal nanti
  • Laundry kena bayar. Saranan saya bawalah baju yang tak payah iron. Hahahaha
  • Ada spa, saloon, bar, wifi semua kena bayar.
  • Kan nak pergi Thailand, siap2 kan duit thai baht. Kalau tak buang masa nanti dekat Phuket nak tukar duit.
  • Ada wheel chair atas kapal. Tak kena bayar pun.










ACTIVITY ON BOARD

  • Ada banyak aktiviti yang tak perlu bayar macam tengok wayang, haritu dia pasang beauty and the beast, mission impossible da nada few cerita lagi.
  • Ada magic show, circus, fabulous chan (comedy show by lady boy ahahaha)
  • Karaoke dekat open space, gilir2lah menyanyi. Kena beli air dekat situ nanti dia bagilah 2 slot untuk karaoke.
  • Kids activity pun banyak tapi tak sempat nak tengok. Kami pergi semua dewasa belaka haha
  • Antara aktiviti yang kena bayar macam Salsa dance class, cruise tour, sushi making, Jamming session, nak ambik gambar dengan captain kapal pun kena bayar, pandai betul buat duit hahaha.
  • Aktiviti pack sangat. So memang puaslah!
  • Kalau nak mandi manda ada swimming pool and Jacuzzi. Pakaian kalau takde swimming suit boleh pakai tshirt jersey tu. Kain nylon eh nama dia? ha boleh mandi pakai baju kain nylon. 






Kekwa dan adik masuk game show! hehehe




ACTIVITY IN PHUKET

Okay nak masuk serious mood kejap. Sebab dekat Phuket nilah punca aku takde gambar sangat hahahahaha. Cranky, moody and sakit dekat sana. Dugaan betul!

Malam dalam perjalan ke Phuket, kena ambil tiket giliran dekat reception. Sebab dekat Phuket takde pelabuhan dia? alamak tak tahu cane nak cakap cane. Tapi kapal kena parking tengah2 lautlah nanti bot kecik datang gilir2 ambik semua. Ingat tak lagu, Air pasang pagi, surut pukul 5, nyonya bangun pagi siram pokok bunga? Lol. Kapal dijangka sampai Phuket petang pukul  4. Mestilah air dah surut. Ha, siapa pulak nak tolak kapal besar gedabak nanti. Gitulah. Harap semua fahamlah explanation saya yang siap nyanyi2 ni. haha

Pada hari malang tersebut, lepas dah berjalan2 sekitar kapal aku dan adik tidur kejap nak topup tenaga kateko.  Tidur sampai 1.30. Lunch pun lambat. 30 minit lagi nak habis waktu lunch. Ingatkan lepas lunch, nak mandi siap2 semua. Sekali pukul 2 petang dia announce kena berkumpul dekat deck berapa tah masa tu. Ingatkan dia nak briefing, cop passport je lepastu boleh naik bilik balik. Rupanya terus pergi. Aku literally pakai sweatshirt pagi tadi punya dengan muka baru bangun tidur. DAN AKU TAK BAWA HANDBAG AND PHONE SEBAB TENGAH CHARGE DALAM BILIK. Terpaksalah adik aku naik bilik lari ambik barang2 aku. Jadi, aku dan ibu naik dulu bot kecil ke Phuket. Adik dan ayah, bot seterusnya adalah dalam 30 minit lebih kurang. Cuaca dekat Phuket ya Allah panas dia membakar jiwa haha. Bawalah siap2 sunscreen, mineral water dan segala ubat2. K tu je cerita dia lol.

  • Kapal biasanya sampai pukul 4. Mungkin juga sampai awal (macam kes saya ni lol) atau lambat.
  • Kapal berlabuh ni patong beach.
  • Kena naik kapal balik sebelum pukul 10.30 malam. Kalau lambat sama ada kena bayar RM400 atau kena tinggal.  Yang kes kena tinggal ni, kau nanti kena pergi kedutaan malaysialah lepastu beli flight tiket balik Malaysia. Double triple ya kena bayar. Jadi, berdisiplinlah dalam merancang waktu perjalanan.
  • Kami pilih free and easy.
  • Jumpa taxi driver, muslim. 700 thai baht bawa kemana kita nak pergi and dia tunggu  kita semua. Nak naik tuk tuk panas eh. Kalau orang sihat bolehlah, aku kena panas sikit rasa nak pitam haha.
  • Kami pergi Gems Gallery (Dia macam muzium pameran tapi dalam tu ada jual emas, diamond and pearls) Ada naik train kecik dalam tu, dia cerita sejarah macam mana emas, pearls terhasil. Bestlah jugak. Sebab aku suka sejarah, jadi layan je dengar.
  • Cashewnut factory ni ibu ayah je masuk. Aku pergi solat jamak. (kan aku baru bangun, tak sempat solat atas kapal hehe)
  • T-shirt factory, ada jual tshirt hard rock. Katanya kain tshirt dia kualiti berbeza. Dekat sini beli magnet peti ais dengan tshirt untuk adik beradik aku yang tak ikut hehe.
  • Lepastu Pergi makan! Sebab dah aim nak makan authentic tomyam. Kata kawan adik yang banyak kali  juga dia ke Phuket, Halal food memang quiet expensive sikit. Double the price. Tercekik dengar harga. Nak jimat, makan je atas kapal okay? Sebab pukul 6.30 sampai 8.30 malam dia still serve dinner.


Overall, Phuket aku bagi 3/5. Biasa je. Not gonna come again. lulz




CRANKY NYA MUKA HAHAHAHAHAHA



Our taxi driver

kedai makan halal di phuket






Patong beach

Pemandangan malam naik bot kecik pulang ke cruise







Dah sampai di Langkawi
ACTIVITY IN LANGKAWI

  • Kapal berlabuh di Awana porto malai.
  • Perjalanan dari Awana nak ke tempat shopping seperti haji ismail group, Rams, dan pekan rabu mengambil masa 30 minit lebih kurang.
  • Kapal sampai di Langkawi jam 11 pagi. Jadi, demi mengelakkan kejadian yang berlaku seperti di Phuket kita siaplah awal2 ye
  • Di langkawi kami shopping coklat dan periuk je. Sebab baru lagi pergi langkawi 2 bulan lepas haha
  • Kena naik kapal sebelum pukul 4.30. Kalau lambat, Bye bye RM400 HAHA
  • Disarankan pakai topi dan baju yang selesa dan nipis. Sebab nak kena jalan jauh ke tempat parking kereta sewa.
  • Di Langkawi pun kami free and easy. Sewa kereta RM 60




 
Pemandangan waktu malam akhir di atas cruise



Bersama crews kapal





OUTFIT #OOTD

  • Pakailah baju lawa2 dan selesa. Bukan senang nak dapat peluang naik kapal. Ootd banyak2 dekat atas kapal k haha
  • Last day ada dinner. Fine dining. Tapi ada juga yang pakai seluar pendek dengan tshirt. Padahal dia dah bagitahu dah pakai senonoh sikit. Achik pening!














Rasanya, tu je kot? Kalau nak tanya apa2 boleh comment or dm Kekwa di instagram.
Thanks for reading!




16 comments:

  1. best , tetiber rasa teringin nak naik kapal ala-ala titanic ni huuuu. harga 1400+ tu rasa not bad lah sbb tengok makan cam sodappp manjang. pemandangan pun lawa bebb. mujur takde mabuk laut setakat ni, boleh try in the future hehehe

    ReplyDelete
  2. Hi dear ade contact no taxi tu x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nombor private taxi yang saya pakai ketika di Phuket. Boleh cakap melayu sikit2. Dan muslim
      Mr deen sarapee
      Call 081-6774929/
      Inter Call +6681-6774929

      Delete
  3. Assalam Kekwa, Nk tnya boleh? Makan kat Phuket tu kekwa bg bpe bintang? Berbaloi x? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. RASA DIA 5/5! TAPI HARGA CEKIK DARAH HAHAHAHAAHAHA. so tak berbaloi. boleh dapat yang sedap tapi harga pun murah hehehe so carik je kedai lain

      Delete
  4. Hi nak tanya, kat dlm kapal iron baju tudung semua macam mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iron siap2 dekat rumah, lepas tu lipat guna teknik gulung(kurang kedutan). Kalau kaya boleh bayar service iron baju dekat atas kapal nanti hhehehehe. Kalau malas nak fikir, bawa je pakaian yang susah kedut

      Delete
  5. kalau time org turun phuket dgn langkawi tu kita duduk dalam kapal ke boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. sebab atas kapal pun ada aktiviti

      Delete
  6. kalau bawak iron sendiri boleh ke?

    ReplyDelete
  7. Cik kekwa... Amik ngan travel agent mana ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.facebook.com/ckakijalan/?ref=search&__tn__=%2Cd%2CP-R&eid=ARCCidi8HdjhczuMKjEPbVvC5LjvF7ZczMb4oUvTvYE4lt_PIQBsGuvpumjZgE4dCEPZL_wdEH8vjBn6

      Delete
  8. Klu kt phuket atau langkawi tu kita nk balik awal ke kapal sblm 4.30 tu boleh ke

    ReplyDelete
  9. hi btw kapal cruise dah takde ya depart dr malaysia. gemini dah ke China. yg ada skrg yg jln jln dlm malaysia kene depart dr singapore �� tu kapal genting dream cruise. oh ya btw I ni staff starcruise apa i ckp ni fakta ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kenal mana2 travel agensi tak..utk dari jb ke singapore

      Delete