Friday 22 May 2020

HOLA!






Dah lama tak menaip. Esok last day puasa. Akhirnya, ramadhan meninggalkan kita. 3 hari terakhir pulak aku rajin nak buat qiam. Lambat betul dapat hidayah. Aku cuba nak konsisten qiam walaupun lepas ramadhan. Harap-harap termakbulah hajat ni. Takde benda pun nak minta pada Allah cuma nak sentiasa bertenaga supaya dapat tolong ibu ayah dan adik beradik walaupun kanser ni ada lagi. Ambil masa almost 6 years aku nak terima kanser ni dalam hidup aku. Sekarang, aku rasa tenang dan redha dengan apa yang Allah beri ni. Ni bukan ujian, ni rahmat. Allah hadiahkan, hadiah terindah untuk aku. Dapat bersama ibu ayah 24 jam adalah satu anugerah. Walaupun kadang-kadang gaduh dengan ibu hahaha tapi biarlah. Aku suka. 

Hari ni aku buat karipap daging untuk berbuka. Rasa macam power pulak mengelim karipap. Padahal jarang aku kelim karipap. Ni ada tenaga ni, rasa macam semua benda nak buat. 

Update terkini aku, aku baru chemo cycle 2 brentuximab. Sebelum tu aku pakai chemo vinblastine. Aku pun tak ingat berapa cycle sebab masa tu pakai chemo vinblastine sementara tunggu dapat sponsor chemo brentuximab yakni harga satu cycle mencecah puluhan ribuan ringgit. Seramkan dengar? Thanks to Kementerian Kesihatan Malaysia and Takeda sebab sudi sponsor cik adik Kekwa ni chemo mahal hazabedah. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Terima kasih juga atas doa-doa ibu yang tak pernah putus. Doa semua orang juga. Terharu Kekwa :')

Sekarang musim virus covid. Bermulalah norma kehidupan baru. Keluar pakai mask. Jarak dengan orang lain 1 meter, kalau keluar balik rumah kena terus mandi. Kalau orang jahat kau boleh tembak sebab nampak dan nyata. Ni virus. Benda yang tak nampak. Memang musuh dalam selimut betul! Kak long aku tak dapat balik raya sebab tak boleh rentas negeri. Takpelah, raya dalam video call jela. hahahahaha. Raya haji ada lagi, raya thaipusam ada, chinese new year ada. Malaysia ni banyak raya. Tunggu jela sampai terputusnya rantaian covid ni walaupun entah bila. Nampak macam tiada kesudahan. Selagi orang-orang dekat luar sana degil, tak jaga batas apa semua, memang susahlah nak hilangkan virus ni. phewwww~

Okaylah, aku nak mandi. Kejap lagi nak buka walaupun aku tak puasa hahahaha. Lepastu, nak cari siapa yang ada jual bunga api. Pelita dah ada dah. Bunga api lak takde. Walaupun usia dah menginjak ke 26 tahun, tapi jiwa masih 12 tahun ehhh hehe. Bye!






Saturday 11 May 2019

UNDERRATED PLACES YOU NEED TO VISIT IN SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN #TeghojahN9 (PART 1)



APO KHABAR WAGHIH?


Kali ini Kekwa akan membawa korang semua menjelajah ke Negeri Sembilan selama 4 hari. 
Tapi dalam blog jela, okay? Hehe

Sebelum itu, terima kasih kepada Kak puteri, Encik Nuar dan Team gaya travel yang sudi menjemput Kekwa ke trip #TeghojahN9. Trip ni adalah anjuran Gaya Travel Magazine bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan yang menyokong sepenuhnya Trip #Teghojahn9


Amacam semuo waghih-waghih? Dah bersedio nak #TeghojahN9??!!
  


Sebelum tu selfie dulu dengan Megumi. Kawan baru Kekwa dari Jepun! :D



‘Tak kenal, maka tak cinta!’

Dah masuk negeri orang moleklah kiranya kita berkenal-kenalan dahulu dengan Negeri Sembilan,
Negeri yang penuh adat. Jadi,destinasi pertama kita ke:


1. GALERI DIRAJA TUANKU JA’AFAR


Galeri Diraja Tuanku ja’afar merupakan sebuah muzium yang diinspirasikan oleh kehidupan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum, Tuanku Abdul Rahman. Baginda merupakan Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-10 dan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada tahun 1967.

Kalau korang datang sini masuk2 je nanti dia akan kenalkan tentang sejarah Negeri Sembilan dan barulah kronologi kisah hidup Yamtuan Negeri Sembilan. 




Air Jando Pulang


 Terima kasih kepada pihak galeri yang menyediakan air signature Negeri Sembilan Air Jando Pulang (Air Kelapa, isi kelapa, gula merah dan daun pandan). Tak pasti kenapa jando tu merayap sampai kono panggil balik umah hahaha. 




Entrance 











Apa yang menarik?


  • Sejarah Negeri Sembilan
  • Kronologi kisah hidup Yamtuan Negeri Sembilan
  • Keluarga diraja
  • Koleksi peribadi diraja seperti kayu golf D.Y.M.M Tuanku Ja’afar
  • Singgahsana Istana Besar Seri Menanti
  • Diorama ‘perarakan diraja’ (3D miniature)
  • Pameran Lukisan Diraja




Ruang Sewaan



Galeri ni bukan sahaja menempatkan koleksi peribadi diraja malah ada ruang yang boleh disewa. Faham tak betapa besar tempat ni sebenarnya. Galeri je dah 3 tingkat tau! Jadi, bagi sesiapa yang tercari-cari tempat nak buat majlis, program dan sebagainya Kekwa akan bagi contact dekat bawah ni nanti.









Kemudahan


  • Kedai cenderahati
  • Tandas
  • Surau
  • Tempat letak kereta
  • Kafeteria
  • Bilik Bayi



Pemandangan dari Tingkat 2 galeri









Kekwa’s Favourite?

Perarakan diraja! Sebelum baginda ditabalkan menjadi raja, dia kena bersiram dahulu. Tapi bersiram macam mana? Haaa kalau pergi, tanyalah dekat staff di galeri tu, nanti dia ceritakan. Kalau cerita dekat sini nanti tak surprise pulak. Hehe

Masa baginda nak pergi tempat bersiram tu, baginda akan menaiki sebuah kenderaan yang diberi nama Takhta Rencana dan akan ditarik oleh pegawai-pegawai istana yang dipanggil Pegawai 99. Menurut orang yang cerita pada Kekwa hari tu, yang tarik kereta tu lebih dari 99 orang. Tapi kenapa nama pegawai 99 tu diberi? Apa simbolik dia?  (Kalau ada sesiapa orang2 galeri baca tolong komen sikit. Sebab masa tanya tu dia kata, dia pun tak pasti sebab apa haha)










Waktu lawatan:

  •         Dibuka Selasa-Ahad (Tutup pada hari Isnin)
  •         10 pagi – 5 petang



Harga Tiket:

  •  Dewasa: RM10 Pelajar
  • OKU & Warga emas 55 tahun dan keatas: RM5
  • Percuma: Kanak-kanak berumur 6 tahun keatas


Aktiviti Terdekat:

7 Mei- 2 Jun
Buffet Ramadhan
(Yang pasti ada kambing grill tu yang membuka selera tu!)







Lokasi:

Alamat: Galeri Diraja Tuanku Ja’afar Jalan Taman Bunga, 70100, Seremban
Dekat dengan Taman Rekreasi Seremban
Berada di tengah-tengah bandar Seremban.
Senang je cari. Map kan ado, sonang!



Contact:

No. Tel: +606 761 9102/9103/9104
Faks: +606 761 9105
Instagram: @Gdtns
Twitter: @gdtns







Instagram : @DiscoveryMalaysian



Seterusnya kami makan tengahari di



2. Makan Beradat di Muzium Negeri, Seremban, 
Negeri Sembilan.




 Istana Ampang Tinggi

Korang akan makan di dalam Istana Ampang Tinggi. Istimewanya rumah ni dibina tanpa paku. Dia main  selak2 je kayu. Power tak power orang dulu2 buat rumah. Lepastu, nak makan kena bersila. Takde kerusi meja. 


Okay, makanan disini dihidangkan dalam dulang. Orang nismilan panggil Jamba. Satu jamba untuk 4 orang makan. Kekwa makan dengan Megumi penulis dari Jepun. Jenuh gak nak translate Keli belado jadi Catfish swimming in the chillies. Hahaha. Kalau sambal gesek apa? Swipe sauce? Swipe sambal? Apooo! hahahaha






Antara lauk2 yang mereka sediakan pada hari tersebut ialah:

  • Ayam masak lomak cili api
  • Keli belado
  • Sambal gesek
  • Sayur kacang goreng
  • Sambal belacan
  • Ulam & Ikan masin
  • Pisang
  • Air sirap jug



L I C I N 



Last minute plan, tak sangka pula dapat jumpa Menteri Besar Negeri Sembilan, Yab Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun. Dapatlah rasa makan satu row dengan YB walaupun tak sedulang hahaha. 









Tak pastilah kenapa muko sumo eh tokojut sakan masa ni hahahaha


Kalau korang nak makan sini, pastikan book sehari sebelum. Kalau nak makan gulai kepala kambing kena book lagi awal, sebab penyediaan tu lama. Nak cari kepala lagi haaa.


Kawan Jepun Kekwa, Megumi kata ayam masak lomak cili api sedap! Dia makan 2 ketul. Ekor ikan keli tu dia makan 2 ke 3 tah. Siap ambil dari dulang sebelah lagi tu hahaha. Memang sedap tak dinafikan. Bolehlah korang cuba nanti!


Kekwa’s Favourite?

Mestilah catfish swimming in the chillies!!!! KELI BELADO. Sodappppp. Podeh! 


Antara pakej-pakej yang disediakan

Antara pakej-pakej yang disediakan








Pose satu kali dekat Tangga istana ni







Lepas dah kenyang tersandar, moleklah kiranya kita bakar lemak pula!

Destinasi seterusnya ke:


  

3. ATV KG JKIN EXTREME PARK












Orang siap pergi Yogyakarta nak pergi main buaian tinggi, Kali ni tak payah dah! Sebab dekat Malaysia dah ada iaitu di:


ATV KG JKIN EXTREME PARK, NEGERI SEMBILAN.

Kalau dari Muzium Negeri,Seremban tadi nak ke Kg Jkin adalah dalam 20 minit lebih kurang.
Selain ada aktiviti2 lasak mereka juga ada tempat penginapan






Nak naik tandu ni pun boleh!


Megumi
picture from Instagram : @DiscoveryMalaysian



Lejen betul air botol long chan ni!








Kekwa’s Favourite?


ATV! Dan buaian extreme! Mula2 takut juga kalau tergelongsor tak pasal2 keluar berita
“Pesakit kanser yang terlalu riang, mati akibat tergelongsor dari buaian” tak pasal2 je. Jangan risau,alatan keselamatan dia lengkap. InshaAllah nothing happen kecuali gambar yang cantik seperti dibawah hahahaha



Instagram: @DiscoveryMalaysian
Thank you bang ambil gambar ni!



Macam cuak je muka tu ema hahaha
Instagram: @DiscoveryMalaysian






Kemudahan

  • Surau
  • Tandas
  • Gerai (Dapor Perempuan Cantik)
  • Penginapan (Kg jkin resort)








Alamat:

Jalan Bukit Putus Lama, 361,70400, Seremban, Negeri Sembilan



Contact

Call: 011-20893883




KALAU KORANG NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ATV KG JKIN EXTREME PARK BOLEH BACA DI POST INI ----  Tekan di sini 







Seterusnya kami makan malam di

4. BENTENG WALK

Kami datang di sambut dengan paluan kompang. Dah rasa macam berarak pengantin dah. Cuma pasangan je takde haha. Bertambah meriah Benteng Walk dengan kehadiran YB PUAN NICOLE TAN LEE KOON, Adun  Bukit Kepayang.
Benteng Walk ni kira macam Uptown lah untuk Seremban. Ada macam2 jual. Antaranya:


  • Street food
  • Gadget
  • Clothes
  • Preloved items
  • Vape
  • Islamic stuff

Dan macam2 lagi. Malam2 hujung minggu takde buat apa, datanglah Benteng Walk. Selain makanan, korang juga akan dihiburkan oleh busker-busker tempatan. Hari tu macam2 lagu popular dia mainkan. Layan juga makan sate minang sambil dengar lagu Hotel California haha.








Instagram: @DiscoveryMalaysian









Terima kasih PDRM yang melancarkan perjalan trip #TeghojahN9! 



Main sudah, makan pun sudah beransurlah pulang ke hotel.

5. KLANA RESORT, SEREMBAN




Klana Resort merupakan antara resort yang tertua di Negeri Sembilan.  Pelancong yang ingin melawat tempat-tempat menarik di Seremban Kekwa suggest bermalam di Klana Resort kerana kedudukan resort ini berada di tengah-tengah bandar Seremban. Dekat dengan beberapa tempat bersejarah seperti Muzium Negeri, Galeri Diraja Tuanku Jaafar dan lain-lain.





Apa yang 'best' di Klana Resort?

  • Mereka mempunya kolam yang besar dan berbentuk lagoon. Boleh water rafting lagi tu!
  • Sesuai untuk sesiapa yang nak buat team building dekat sini sebab ada flying fox, rapelling, high ropes dan macam-macam lagi outdoor activities yang boleh di buat di Klana Resort boleh tengok sini -- Tekan Sini
  • Kalau korang peminat makanan jepun, tak perlu ke sushi king. Di sini pun ada tau! (Yuri Japanese Restaurant.)





Antara bilik-bilik yang mereka ada


  • Deluxe Room
  • Premium Room
  • Garden Premium and deluxe room
  • Pool Premium and deluxe room
  • Family Suite (New)
  • Presidential Suite (Coming soon)

Hari tu masa Kekwa datang, Kekwa dapat bilik premium room, mengadap pemandangan kolam. Cantik! Tandas besar. Memang selesa!



Ni trip pertama. Lepas trip pertama tak ambil gambar dah sebab tekun makan macam-macam jenis dari roti, bubur ke mee hahaha










Okay ni contoh mak-mak boleh jenguk anak-anak mandi sambil layan instagram
Thank you model bertauliah kita, cik ema! hihi
Instagram @DiscoveryMalaysian

Lastly, Thank you very much for your hospitality during my stay last week. We #TeghojanN9 team had a wonderful time at your hotel. The staff was wonderful. I had such a great time there and the location is PERFECT for anyone traveling with children.Thanks again!



Korang boleh baca lanjut tentang pengalaman Kekwa bermalam di Klana resort di post ni 
..
..