Tuesday 29 May 2018

Journey To Heal :Confirm Transplant?

Semalam 28 May 2018, sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor aku check instagram aku. Melihat koleksi baju raya terbaru dari butik-butik terkenal lagi menambahkan rasa seronok aku untuk beraya tahun ini. Sudah berapa tahun aku tak beraya dengan sebaiknya, seperti tahun lepas aku dijangkiti kayap pada raya pertama. Hanya Tuhan sahaja yang tahu azabnya.

Nombor giliran aku telah dipanggil. Sedikit pun tiada rasa debar dalam hati aku. Yakin betul dapat raya bersuka ria tahun ini. Malang sekali, doktor telah menetapkan tarikh transplant aku pada 5 Jun 2018, selasa depan di Hospital Ampang. Kata doktor Sharifah, kanser aku agresif jadi tak boleh tangguh rawatan. Makanya, selamatlah aku beraya di Hospital Ampang selama sebulan lamanya. Keluar je dari bilik doktor, terus air mata aku mengalir laju. Aku peluk ibu. Perasaan aku juga keliru.

Inilah dia akibat dah terlampau yakin boleh beraya sakan tahun ini. Terkuburlah harapan aku nak berkebaya kuning tahun ini. haha. Doktor Sharifah kata, hari pertama raya nak bawakkan aku rendang. Kalau doktor tak bawa, menangis merataplah aku bersaksikan ubat chemo dan nurse2 yang menjagaku kelak. haha

Transplant. Aku akan diberikan chemo yang  paling kuat  selama seminggu (kalau tak silap) untuk bunuh sel-sel kansr dalam badanku. Selepas itu barulah dimasukkan stem sel aku yang pernah aku keluarkan setahun lalu. Kemungkinan juga, salah seorang dari adik beradik aku, akan menjadi penderma stem cell jika stem cell aku dulu tak cukup. Moga ada keserasian stem cell tu untuk badan aku. (Aku tak tahu macam mana nak explain dalam medical term, tapi inilah yang aku faham setakat ni)

Petang ini, ibu nak bawa kami adik beradik berbuka di Melaka. Kata ibu jom buat semua benda sebelum transplant. Oleh itu, aku mulakan dengan memasang lagu raya pada hari ini sehinggalah selasa depan sebelum aku warded. Malam tadi adik dan ibu menghasilkan 3 jenis kuih raya. Biskut coklat, sarang semut dan biskut arab. Betul2 terasa dah raya. hahahaha. Terima kasih ibu, untuk kebahagiaan ini. Marilah kita bersama2 meraikan 10 akhir ramadhan di hospital dengan imarahnya hahahaha.

Nah, saya sertakan gambar2 lama. doakan saya!








rindu ayah :(


Raya tahun lepas selepas dah baik kayap

masa ni ibu urut tangan supaya takde blood clot.





al fatihah buat kesayanganku Tokpah. 

1 comment:

  1. Semoga dipermudahkan semua urusan kak beiha allahumma amin 💛💛

    ReplyDelete