Monday, 23 April 2018

Pahit, manis, kelat, masam

Terlalu banyak kejadian yang berlaku sepanjang setahun lebih tak update blog. Pahit, manis, kelat, masam semua dalam satu memori. Aku dah mula menulis diari aku semula. Perlahan-lahan aku susun tarikh-tarikh penting supaya aku tak lupa. Gambar juga turut aku cetak untuk ditampal didalam diari. Menulis dan melukis adalah satu terapi minda dan emosi. Segala yang tak terucap aku luahkan melalui penulisan dan lukisan. Bila aku ada masa lapang, aku baca diari aku sendiri. Supaya aku tak lupa. Lately, aku senang lupa perkara-perkara penting yang patut aku ingat. Tak pasti sama ada side effects of chemo mahupun sebab sedang meniti usia tua. haha.

Anyway, ayah masih di rumah balik bercuti. Lagi beberapa hari ayah akan pulang ke Sudan. Aku seronok dapat manfaatkan sebanyak masa yang tinggal bersama ayah. Teman ayah sarapan pagi dekat kedai favorite dia, pergi bercuti satu keluarga, balik kampung dan macam-macam lagi aktiviti.

Aku pula sedang menghitung hari untuk menjalani rawatan transplant di Hospital Ampang. Bila ingat je, jantung laju berdebar. Moga baik-baik sahaja nanti. :)



1 comment:

Worst thing in the world is...

Last night, i didnt get to sleep at all. Almost every night i get bad thoughts about my parents dying and i always cry and i cant sleep....