Friday, 23 September 2016

Life Updates : Minggu ketiga di UIA


Walaupun dah minggu ketiga di UIA, aku masih dalam dilema dengan keputusan yang aku buat. Moga Tuhan tunjukkan jalan disebalik kekusutan yang melanda hidup. 





Hari pertama di UIA,

Macam biasa aku menangis sama macam hari pertama degree 2 tahun lalu.haha Tapi kali ni lagi sendu. Aiman dah janji kononnya nak teman register subject manually, hampeh dia yang masuk hospital :'( (Get well soon Aiman!) Jadi aku mengharungi onak ranjau prereg seorang diri sambil meroyan dekat group whatsapp TTL betapa banyak kalinya aku sesat dalam kuliyyah sendiri. Semester kali ni katanya tukar dean baru jadi sistem prereg pun dia tukar. Dah tahu student hs seramai-ramai umat, admin tetap berfikiran seperti otak di kepala lutut. Sabar jelah aku!

Hari ketiga baru aku settle prereg. Plus, kena beratur panjang gila. Dari kuliyyah hs, ke kuliyyah irk ulang alik cari lecturer. Sampai ke harini aku tak dapat jumpa academic advisor punyalah ramai hari-hari orang nak jumpa.




Botol yang ketiga haha. 



Minggu kedua di UIA,

Aku dah mula dapat rentak kehidupan. Aku join teater, pergi usrah and chilling with TTLs and Pqunk. Aku cuba untuk sibukkan diri dengan macam-macam aktiviti. Roommate aku pun perasaan aku ada dekat bilik bila diaorg nak tidur je. Sebab meeting sampai pukul 12 malam setiap hari. Pukul 8.30 dah pergi kelas, memang jarang betul tidur. Aku rasa semester ni rasa lapang lagi. Kalau semester 1 dulu, lagi takde kehidupan. Nak makan pun tak sempat apatah lagi keluar makan dekat luar. Src punya pasal hahahaha.




Masa audition untuk teater cermin. 



Minggu ketiga di UIA.

Aku baru balik dari KL fest. Dina ajak makan malis. Then, we went to daiso and kaison. I bought notebooks, slipper, box and few cute stuff. hihi. Sepatutnya weekend ni nak habiskan masa dengan baca buku Me Before You dan Genesis, tapi entah bilanya tah nak sentuh. haha. 



books!







Notebooks dia cantik  and murah. I beli dekat kaison.


Tak tahu nak letak apa lagi dekat blue board ni. I just letak schedule, assignment dateline and pictures of my fav people. <3






Ada 2 helai je baju kurung lain semua blouse and jubah hitam hahahahaha




To be honest, aku perlahan-lahan tengah cuba faham apa yang jadi dalam hidup aku. Satu-satu jadi. Satu persatu Allah tarik nikmat. Satu persatu Allah uji. Sehinggakan sampai satu saat, aku rasa nak rempuh je semua. Nak jadi apa jadilah. Tapi bila fikir balik ada hikmah yang tersembunyi yang aku sendiri tak nampak dan tak faham lagi. Buat masa sekarang, aku nak fokus belajar. Aku nak timba ilmu banyak2. Aku nak baca buku banyak, pergi intellectual talk, join teater, belajar chord guitar baru, pergi usrah. Aku tak nak orang pandang aku as perempuan yang dah habis belajar kena duduk dapur je. Aku nak jadi perempuan yang orang tak berani nak pijak. Perempuan yang orang respect sebab ilmu bukannya kecantikkan. Ive nothing to be proud of. Walaupun betapa menyampahnya aku dengan sistem pendidikan Malaysia, nak tak nak kena juga harung.

Okaylah. aku ada kelas esok.  lately blog ni agak hambar. Rasa macam slowly passion aku terhadap menulis dah berkurang. Nak berlawak apatah lagi. Semua benda nak serius. Sebab aku dah penat dengan perangai tak matang. Penat kena deal dengan perasaan dan attitude sendiri yang terumbang ambing. Doakan aku kuat. Doakan kanser aku tak relapse. Doakan moga hati dan jiwa aku hanya buat Tuhan. Doakan moga tiada lagi perempuan ditindas. Doakan moga tiada sesiapa yang akan rasa toxic relationship. Doakan moga aku tak dependent dekat sesiapa. Doakan moga aku tak lupa orang yang pernah hargai dan jaga perasaan aku. Doakan moga aku dapat grad dengan jayanya. Doakan ibu ayah aku dapat lihat aku bahagia. Doakan aku dapat ke Tanah suci. Doakan aku dapat jadi orang bermanfaat buat agama bangsa dan negara. Doakan aku lupa sesiapa yang pernah buat air mata aku mengalir tanpa aku sedar menyakiti diri aku sendiri. Doakan aku supaya berhenti rasa kurang dan serba salah. Doakan aku supaya aku sentiasa jadi orang yang penyayang dan pemaaf...

Kepada sesiapa yang aku pernah kecilkan hati, sakitkan hati, lukakan hati. Aku minta maaf. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekejap cuma. Moga Tuhan jagakan kau buat aku. Moga lain hari, kita ketemu seperti doa2 yang aku sering titipkan. Untuk tika ini, biar kita cari diri kita sendiri. Biar masa yang mengajar aku dan kau untuk jadi yang lebih baik di sisi Tuhan. Terima kasih untuk beberapa purnama yang mebahagiakan. 




selamat malam dunia!








5 comments:

  1. goodluck akak.. semoga berjaya dunia dan akhirat .. :)
    dulu,sy sllu dgr yg uia ni u utk plr pandai..
    jadi,, akak ni msti pandai kan?..

    "Aku tak nak orang pandang aku as perempuan yang dah habis belajar kena duduk dapur je"<-- ni ayat akak yg sy suka baca.. sy pun semngt jdiny .. hee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepandaian tu sesuatu yang sangat general. Pandai boleh dikategorikan dalam pandai masak, belajar, tahu ilmu semasa...etc. Saya bukan pelajar excellent tapi setakat ni belum putus asa untuk menuntut ilmu. Saya harap awak pun begitu juga :) Anyway, thank you for reading! <3

      Delete
  2. semoga setiap doa yang awk hajatkan.. Allah makbulkan..
    Allah yuftah alaikum ☺️☺️
    -ms silent reader..

    ReplyDelete
  3. Moga Allah makbulkan semua doa kekwa :)

    ReplyDelete

Popular Posts