Monday 15 August 2016

Kekwa Ke Bandung : Part 2


Mas: Sayang, kalo aku kelinci, kamu mao jadi apa?

Me  : ya udah, aku bikin sate kelinci aja. aku lagi laper nih.
Mas :*terjun bangunan*




Kelinci = Arnab = Rabbit = Bae 




SALAM ISNIN  BUAT SOHABAT SOHABAT HANDAI! SALAM DUNIA! SALAM HARI RAYA! BERSINAR AKHIRNYAAAA! *gitu haa intro mnasir pergi karok jamban nyanyi lagu seniri sebab lagu orang lain hazabedah tak sodap! 


Tuan tanah posing nak menari inang tapi gaya macam nak
'Up! maka kami rakyat malaysia berikrar akan bla bla bla..'




Ingatkan nak cukup setahun baru update Bandung part 2. Sekali berdas-das mulut adik aku bising suruh update. Aku bukan tak nak update tau, cuba kau baca balik Bandung Part 1 (http://beihamat.blogspot.my/2016/05/kekwa-ke-bandung-part-1.html) Sumpah banyak gila tersasar dari jalan kebenaran, Allahu. Nak cerita pasal check-in flight, jauh pergi sampai ke drama rendang. Kali ni aku share banyak gambar biar engkorang semua darah hidong nengok muka aku. Sebaik aku tak selfie sepanjang jalan. Malas je nak caras job Diva AA(azwan ali) BOOM HATERS NERAKAHHH KO MEMANG DABOMB! Harapan aku post kali ni behave sikit. Penat pulak jadi riang doploh pat jam ni. Haha





Second day di Bandung yang nyaman. Angin menderu, ombak menghempas pantai. Ceh takdelah. Sini mana ada ombak. Apa ko gila ombak nak hempas ke mana? Dah lah subuh pukul 5 dah macam sahur dah masing2 menggelupur bangun tadah tangan ambik wuduk. Sejuk gila pagi tu. Semua berebut toilet menggigil nak kencing. After solat terus siap2 pergi breakfast awal gila haha. Rasa macam produktif betul pagi tu padahal  kalau ikut waktu Malaysia, sama je rutin dia. Waktu yang berbeda buat aku hilang akal ya mas! Tibeh.







Kekwa dan Dr. Aleena. Orang paling awal ambil makanan. haha



Yang seronoknya pergi Bandung. Kalau ada sepuluh jenis sambal, sepuluh2  mangkuk diaorang nak hidang. Memang aku ciritlah lepastu. Eh tak cirit pun, tunggu jugak nak cirit tapi tak cirit. Dah kenapa aku buat caption cirit dekat gambar makanan ni???!!???!!









Macam biasa selalu jadi spoiler dalam setiap gambar. Ampuni daku.









After breakfast, pak jerry pagi2 dah terpacak depan kereta. Oh lupa nak kenalkan supir kitaorg. Pak jerry. Nama penuh tom and jerry. Ceh takdelah. Entah, tak tahu pulak nama penuh dia ape. Bisa jadi jerry ko langkasaputra? Uhuks. (Gambar pak jerry nanti next post aku letak. nak kasi korang berdebar2 sikit. untuk sneak peek kita kasi nama je. cewah! Gayo cam jual tudong!)








Ini Gedung Sate. 
Masa aku search tempat menarik di Bandung first sekali dia keluar Gedung Sate. Memang aku buat larian berpagar siap pas baton dengan aku bergilir-gilir keliling rumah. Gila ah Bandung siap ada gedung jual sate kot! Rupanya tak. Menangis air mata pelangi tatkala melihat Gedung Sate hanyalah sebuah bangunan seperti White House. Ini semua mimpi!








Hantarin doktor aleena pulang. Makasih ya mbak!
*kekwa takde sebab ketiduran di belakang padahal waktu ni baru pukul 8. hazabedah gemok tak sedar diri tidor macam dugong dekat belakang bangun je terus nak makan ayam penyet. pirahhhh!*




Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Pasar Baru. dah tentulah untuk shopping!!!!!!!!!!! Memang niat ke bandung untuk shopping pun sebenarnya. Sebelum keluar rumah lagi masing2 niat..




‘Sahaja aku ke Bandung untuk menunaikan hajat membeli belah kerana nak beli baju raya...’



Kahkahkah

Waktu ni semua dah menggigil menggelupur menangis dah tengok signboard Pasar Baru. SAMPAI LUPA NAK AMBIL GAMBAR BANGUNAN DIA. KORANG BOLEH GOOGLE K.  AMPUNI DAKU SEKALI LAGI. :(((  Katanya situ sorga pakaian. Masa kitaorang sampai pak jerry serahkan tugas kepada pak jajan untuk guide kitaorang dalam Pasar Baru tu. Aku macam heranlah kenapa sampai pak jajan kena guide kitaorang rupanya sebab situ banyak pickpocket. Plus tempat tu sekali kau terlepas dari family kau mesti sesat. (Anyway,Muka pak jajan macam pasha ungu :’)) Tempat dia lebih kurang macam Kenanga mall, tapi versi kotor sikit huhu.




 Masa ibu tengah deal dengan tauke telekung, kitaorang berempat merayau nak cari balik kedai tudung yang kitaorang suka masa first2 sampai tu. Pastu kitaorg sesat hahahahahahahaha. Pusing2 tembus jalan sama. HA SERAM TAK! Masa tu aku dah teringat dah tips kalau sesat salah seorang dari ahli rombongan kena bogel. DAH TAKKAN AKU NAK BOGEL JALAN SATU MALL PULAK? TAK KE JULING MATA2 INDON DEKAT SITU? KALAU BADAN MACAM KYLIE JENNER SEDAPLAH INI MACAM DUGONG TERDAMPAR DALAM LUMPUR FAHAM TAKKK?!!! (Lepastu baru aku teringat tu untuk tips sesat dalam hutan)(aku pun lupa siapa yang bagitahu aku sebab dengar masa kecik2 dulu. tah tah dia tipu aku je. jenuh jadi bodoh sampai sekarang haha) 



 Pastu dah lah jarak kedai depan ngadap2 muat sorang je jalan. Kalau kau datang honeymoon sambil nak shopping nak jalan pegang tangan seiring memang alamatnya bini ko jalan belakang sambil bau kentut ko jela. Pastu kalau kau jalan depan kedai diaorang kalau ada 10 kedai dekat situ, semua kedai sapa kau kuat2 suruh masuk. ‘AYUH MAS, MASUK MAS LIAT2 TELEKUNG SAMA JILBAB’ Itu baru satu masalah, satu lagi, ada orang akan datang dekat kau jual keychain lah ,air kotaklah. Basically, kalau kau jenis diva kibas tudung kiri kanan datang pulak pakai heels memang kau tak boleh survive dekat situ. KAU INGAT NI PAVI KE APA?? -.- 




Okay done bebel. Jom layan gambar pulak hihi




Selepas 10 minit sampai ke Pasar Baru. Bapak dah tunjuk perangai2 ajak balik hotel kahkahkah









Ingat tak ulat dekat bandung part 1 yang aku post tu? see, ulat ni ada lagi.Merata-rata kau ya!
*spray ridsect*  





Hazabedah Melur dah penat terbaring disebalik kain-kain. 




Kekwa sentap tengok mak ayah gelojoh pilih kain. ni baru pilih baju raya tau. baju kahwin entah ler nak oi! haha






Menghiburkan bapak walaupun tak terhibur pun.





Sekali lagi ulat kembali. Kali ni bertanduk pulak.





Kekwa posing nak berjoget dalam kedai kain tapi tak tahu mak lampir ke pocong belakang tu. Terkejut noks!







Selepas tu kita orang ke masjid di alun-alun untuk solat zohor dekat je dari pasar baru. Korang jangan terkejut pulak kalau tempat lelaki and perempuan sama je and solat merata2. Lelaki perempuan bersepah2 tidur dalam masjid. Kau solat orang lalu selambek badak je depan kau. Tempat ambil wudu’ dia agak jauh tau. Lepastu nak cari tempat solat pun satu hal. Masa aku jalan tu berhati2 gila macam takut terpijak bom padahal takut terbatal wudu’. BOLEH BAYANGKAN TAK BETAPA SESAKNYA DALAM MASJID HAHA. 











Dah settle solat, pak jerry bawa kitaorg makan dekat restoren nasi padang. KULIT KERBAU GORENG BELADA PALING SEDAP. (walaupun keras but I like :’)) Dia hidang kau dalam 20 jenis lauk atas meja pastu kau makan mana yg kau nak je. Kalau tak nak makan lauk lain jangan menggatal pergi raba. Nanti dia kira sekali. Bagi aku sedap je, feeling makan dekat rumah. Tak jauh pun rasa macam makan Malaysia. Boleh telan k. hihi








                              Excited tengok dia angkat pinggan sekali banyak gitu

















Lepas dah kenyang kami beransur ke Cibaduyut. Bunyi macam nak mencarutkan? haha (dia macam Giant dekat Malaysia tapi takde jual ikanlah dia jual kasut, baju, handbag kulit) Masa ni aku dah start  bosan and cranky nak balik hotel. Sakit pinggang lagi. Takde mood nak berjalan. So, layan jela gambar yang ada beberapa je tu. Kasut dia lawa2 je tapi sebab aku dah beli kasut dekat Malaysia kan. Lagipun, kaki ada dua je kak nak banyak2 kasut bakpe pulak ye dak? huhu










Masa ni bapak yang sakan shopping. Dia beli dompet. Kitaorg semua dah lembik.

ACARA MALAM! GUE LAGI KE SPA!!!!!!! 




Pakai kain ikat depan. Dah lah takde seluar dekat dalam.(seluar dalam ada k) Kalau terlondeh memang aku buat moonwalk jela dekat lobby. 




Muka selepas spa sambil reply whatsapp bae kerinduan dari Malaysia. Gittew.


DAH SPA, SAYA BUAT APA?????
MAKAN DONGGGGGGG!!!!!
Order hotel punya je sebab malas nak keluar haha






Sekian sahaja post yang azab panjang lagi mencabar jiwa aku. Padahalkan dekat insta aku janji jumaat minggu lepas tau. ni dah nak masuk 2 minggu dah berjanji. Dasar meleis janji macam capati! 

Anyway, terima kasih sabar membaca dan menunggu! 
Sayang semua noks noks hazabedah sekalian! 
Muax! 


p/s : Kalau perasan aku banyak merungutkan dalam setiap post aku. Aku tak bermaksudkan pun. NAMA PUN DRAMA HAK ALAH KAU NAK SENTAP KENAPA! haha



3 comments:

  1. AKU TERGELAK WOIIII HAHHAHA KELAKA LA DOHH THANKS MENGHIBURKAN MALAM GUWE BUK KEKWA !

    ReplyDelete
  2. bestnya dptn pergi luar negara. :)
    saya turut tergoda tgk kain-kain tuu.. cantik-cantik semua.. wow..
    btw,, cantiknya gambar.. guna camera apa?

    ReplyDelete