Happy Bapak's Day


Sebelum nak masuk cerita touching. Aku nak cerita pasal betapa lawaknya bapak aku. Tiap kali aku bawa kawan2 aku jumpa bapak aku mesti diaorg..

'Weh sarjan misai....'


'Garangnya bapak kau. Aku takut...'


'Bila last bapak you makan orang eh?'


'Eh your father tu A.Galak gerak-gerak khas ke?..'  (Paling lawak k)

GUESS! MANA SATU BAPAK.?
 Sama tapi tak serupa. lol


PADAHALKAN BAPAK AKU LAWAK GILA. (aku rasa gene lawak aku dari dia ah lol. Sebab ibu aku tak reti berlawak. Ibu mudah terhibur haha) Aku je selalu bajet cool tak nak layan lawak dia. Padahal dalam hati gelak macam hantu. Lawak dia tak hambar tau, tapi dia macam PAK, UR SO COOL MANNNNNN!!!!! *sep dedua tangan*

(Anyway, aku panggil Bapak aku, Ayah. Tapi sebab bapak aku lawak gila, aku kena panggil Bapak. hehe)

Haritu bapak aku pergi kursus. Lepastu dia lupa bawa baju melayu. Nasib baik kawan dia yang duduk area tempat kursus sudi pinjamkan baju melayu. Songkok tu pakai anak kawan dia punya haha.








K takdelah lawak pun. Tapi aku suka kegigihan bapak aku dengan lawak2 yang dia cuba tunjukkan dengan semula jadi. Tak try hard langsung. Pawer tak pawer bapak gua! Ada banyak lagi  lawak. Tak larat nak scroll whatsapp family. Kalau dekat rumah bapak aku paling rapat dengan blacky (kucing paling lama yang kitaorg pernah bela). Kalau dia tengah kerja, tiba2 bapak hantar selfie dia dengan blacky. MOTIP? haha. Nak cakap rindu cakap jela haha. Kitaorg adik beradik pernah kena marah sebab tak mandikan blacky. SEKARANG NI BLACKY ANAK BAPAK KE KITAORG ANAK BAPAK NI? BILANG SAMA GUE,PAK!!!!!huaaaa



Bapak bersama karya2 lawaknya 

Bapak teman Alang buat my first Pet Scan :)

Princesses dan Bapak

Ni masa bapak bawa Alang dan adik pergi tengok game JDT lawan mana tah.
 (I ddnt watch the game, but eat KFC instead haha)

Bapak busy kerja sambil bercuti. huhu


Bapak bosan tengok kitaorg pilih kain. And i cuba hiburkan hati bapak.
Malangnya i gagal. huhu

Bapak dan pak jerry. and whos that gurl at the back. macam kenal...em


Dalam lawak2 bapak, bapak tak pernah lupa nak bagi keselesaan pada kami sekeluarga. Dari bagi nasihat, perlindungan sampai ke pendidikan. Kitaorg dah besar pun bapak still buat semua tu :')

*Jap nak tukar mood touching*


Ayah orang pertama dapat tahu alang ada kanser. Ayah curi2 keluar masa waktu kerja untuk teman alang pergi hospital seremban nak ambil result. Masa doktor cakap alang ada kanser, mata ayah bergenang. Alang still tergamam. But, apa yang ayah buat masa tu, he just hug me. cz that's all i need :')

Sepanjang Alang sakit, adalah satu tindakan mustahil buat ayah untuk  teman Alang dekat ward.First, sebab ayah kerja 24 jam. Second, sebab ayah lelaki hahahahahaahahahahahah. Segan Alang. Padahal banyak kali je ayah offer nak jaga Alang. Alang je tolak. 

Walaupun ayah tak temankan Alang, tapi ayah tiap hari berulang Seremban-petaling jaya semata nak bagi semangat dekat Alang tiap kali chemo ataupun masa alang demam. Kalau seminggu warded, Hari2 dia datang. Ayah datang mesti tengah2 malam. Sampai nurse pun tak kesah dah. Tiap kali Alang demam ayah mesti bawa Tomyam tanpa ajinamoto dan talapia sweet sour restoren fav alang. Lepastu mesti Alang makan sambil menangis sebab terharu sangat. Esoknya demam terus kebah. THE POWER OF TOMYAM GUYS! ahaha. 

Masa meroyan nak balik sebab duduk hosp seminggu haha
Every second Ayah tanya keadaan alang. :)


Ayah bought me lotsa Sweaters. Belikan cute mask (untuk elak dari infection), Beli stokin, bawa pergi bercuti sebelum start next chemo. Kemas bilik Alang, Pasang aircond dalam bilik, Urut kepala,  Pujuk alang masa alang sembelit teruk.(masa ni lawak gilaaaa) 

Sesiapa je chemotheraphy mesti kena sembelit teruk. Tak berak seminggu lebih. Memang aku menangis seharian. Terbaring je. Lepastu bapak aku beli macam2 produk nak bagi taik cair (tak tahu word apa yang sesuai untuk taik. Ke poo? haha) Antaranya dr. herbs terlajak laris, ubat farmasi (ubat lactose nak muntah rasa macam taik sendiri walaupun tak pernah makan taik kakaka) Last2 mak aku beli ubat picit cucuk ikut punggung pastu senang je keluar. Hahahahahahahahah. OH GOD WHY AM I TELLING YOU THIS. oh sebenarnya aku nak cerita macam mana bapak aku pujuk aku berak.haha

Bapak : Alang, okay tak  *sambil urut pinggang aku*

Me: no im not okay.

Bapak : Duduklah lama2 dalam jamban

Me : Kenotlah yah. Dia tak nak keluar  *Sambil guling2 atas katil menangis tahan sakit*

Bapak: cubalah....ni alang tak cuba. Jom ayah teman..

OH GOD BAPAK AKU NAK TEMAN AKU YAK. hahahahahahaha

Ape lawak gila haih bapak aku ni.


Sembelit but doing bed squad instead....
'Alang okay tak ni?' -Bapak
Kalau muka bapak hengseng darah idong gini mesti i senang je yak hahahahahah
'Dont talk to me, pak. This poo is killing me....'



Last but not least, 

Terima kasih bapak sebab jadi pelindung, guru, hero dalam hidup alang. Pengorbanan bapak kalah iron man dengan ribuan suit dia, kalah  captain america (dah la baju dia buruk. baju polis bapak lagi smart) kalah cicak man. Kalau bapak tak nasihat, jaga dan tegur alang mungkin sekarang alang sedang merempit di tengah kota. hahaha k tak lawak. Moga Allah sediakan rumah terbaik di syurga buat bapak dan kekasih dunia akhirat bapak, ibu. 

Happy bapak's day. Alang sayang bapak

Sampai bila-bila :)



p/s: Tahun ni takde cake. Sebab bajet dah lari kahkahkah

Comments

Popular posts from this blog

Kekwa Ke Port Dickson : Lexis Hibiscus & Muzium Tentera Darat

Journey To heal : 7 perkara yang perlu buat bila dapat tahu ada KANSER.

Makeup review : Maybelline Lipstick (Mampu milik lol)