Saturday, 11 May 2019

Kekwa Jalan-Jalan: KLANA RESORT, SEREMBAN #TeghojahN9





Kalau korang bercuti ke Negeri Sembilan, bolehlah bermalam di :

Klana Resort, Seremban. 

 Pelancong yang ingin melawat tempat-tempat menarik di Seremban seeloknya bermalam di Klana Resort kerana kedudukan resort ini berada di tengah-tengah bandar Seremban. Dekat dengan beberapa tempat bersejarah seperti Muzium Negeri, Galeri Diraja Tuanku Jaafar dan lain-lain.





Apa yang 'best' di Klana Resort?

  • Mereka mempunya kolam yang besar dan berbentuk lagoon. Boleh water rafting lagi tu!
  • Sesuai untuk sesiapa yang nak buat team building dekat sini sebab ada flying fox, rapelling, high ropes dan macam-macam lagi outdoor activities yang boleh di buat di Klana Resort boleh tengok sini -- Tekan Sini
  • Kalau korang peminat makanan jepun, tak perlu ke sushi king. Di sini pun ada Yuri Japanese Restaurant.
  • Kalau nak pergi mall pun dekat (Palm Mall)





Antara bilik-bilik yang mereka ada



  • Deluxe Room
  • Premium Room
  • Garden Premium and deluxe room
  • Pool Premium and deluxe room
  • Family Suite (New)
  • Presidential Suite (Coming soon)

Masa Kekwa datang dapatlah Kekwa merasa tengok bilik Family Suite yang hanya ada satu sahaja di Klana Resort. Sangat luas. Ada ruang tamu, dapur dan depan bilik ada kolam. Kalau buat family day pun best. Dah makan terus terjun masuk kolam! 
Presidential Suite tak dapat tengok sebab masih dalam pengubahsuaian. Kalau family suite pun dah best, apa tah lagi presidential suite.






Kitaorg dapat bilik Deluxe



























Kekwa's Favorite? 

  • BREAKFAST! Sedappp. Kekwa makan entah berapa trip tah. Makan buffet pula memang kejap-kejap tambahlah nampaknya haha
  • Bilik luas, katil besar boleh tidur 3 orang satu katil. 
  • Bilik dia boleh buka youtube dan netflix. Sempatlah Kekwa dan roommate karok sejam dua hehe




Ni trip pertama. Lepas trip pertama tak ambil gambar dah sebab tekun makan macam-macam jenis dari roti, bubur ke mee hahaha






Kekwa dan roommate! Diyana and Ema 


Ni antara bilik yang betul-betul depan kolam. Kalau ada anak kecil,
Kekwa suggest korang ambil bilik ni. Mesti anak-anak suka!
Picture by : Instagram @DiscoveryMalaysian
Instagram @DiscoveryMalaysian


Instagram @DiscoveryMalaysian



Okay ni contoh mak-mak boleh jenguk anak-anak mandi sambil layan instagram
Thank you model bertauliah kita, cik ema! hihi
Instagram @DiscoveryMalaysian


Instagram @DiscoveryMalaysian

Sempena bulan ramdhan 2019 ini, Klana Resort juga menawarkan buffet ramadhan. Bukan itu sahaja, lepas makan buffet korang boleh solat jemaah magrib, isyak dan terawih sekali di situ. Boleh rujuk gambar dibawah:





Promosi:



Korang boleh check sebarang promosi yang ada di sini -- Tekan disini


Kalau korang nak datang boleh book di sini mahupun Agoda, booking.com dan lain-lain. Okay? :)


Lastly, Thank you very much for your hospitality during my stay last week. We #TeghojanN9 team had a wonderful time at your hotel. The staff was wonderful. I had such a great time there and the location is PERFECT for anyone traveling with children.Thanks again!







Wednesday, 8 May 2019

Kekwa Suka Makan: BUFFET RAMADHAN 2019, AZAM PANDAN CATERING (Dewan Tengku Zara Bangi)












Semalam Kekwa dan keluarga berbuka di 
Buffet Ramadhan Azam Pandan, Dewan Tengku Zara Bangi.  
Senang je nak cari tempat ni kalau pakai waze atau map confirm tak sesat.

Berkonsepkan ‘Stall’.  Setiap stall ada makanan yang dia dah susun mengikut kategori. Kalau nak makan makanan beraneka mee, ada dalam satu stall, Nak makan nasi ayam pun satu stall. Jadi, pilihlah mengikut selera masing-masing.





Meja urusetia (Kalau nak beli walk in pun boleh)



Juadah yang mereka sediakan lebih dari 150 juadah. Masa Kekwa datang rambang mata nak pilih yang mana satu. Dessert pun banyak dari kuih tradisional hinggalah ke kuih modern seperti brownies, pie dan sebagainya.

Antara menu istimewa yang mereka ada semestinya kambing golek arab! Selalu kalau orang nak makan buffet ramadhan mesti nak cari yang ada kambing golek. Kalau takde tak best hehe. Selain itu mereka ada ikan patin kukus bersama king sauce. Jarang-jarang orang buat buffet ramadhan ada ikan patin. Tapi di buffet ramadhan Dewan Tengku Zara, Bangi ni ada tau!



Bagus tau bagi amaran macam ni. Supaya kita beringat bila makan. Ambil yang perlu je. Kalau nak lagi, tambah jela. kan?




BILA?

Tarikh: 8 Mei 2019-2 Jun 2019
Hari: Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Waktu: 6.30 petang  - 9.30 malam




DIMANA?

DEWAN TENGKU ZARA, BANGI
Alamat: LOT 1513-B Batu 18 1/2 , Jalan Bangi, Kg Sg Tangkas, 43000 Kajang Selangor.



HARGA?

Harga promosi: RM35.00 (Untuk 5 hari pertama ramadhan sahaja)
Harga asal: RM55.00 dewasa/ RM 27.50 kanak-kanak

Sambil makan, sambil beramal!
(RM1 akan didermakan kepada fakir miskin) 


















Kekwa’s Favorite?



Mestilah Ikan patin masak tempoyak. Kuah dia pekat dan pedas. Makanan pun banyak sangat pilihan yang ada. Jadi Kekwa sarankan korang makan sikit-sikit je. Baru dapat rasa semua. Kalau makan nasi banyak nanti tak dapat nak cuba soto, laksa, kambing golek dan lain-lain. 







Air ada 5 jenis. ni ada yang tak letak lagi ni sebab Kekwa datang awal sangat hahaha

















Ni baru trip pertama hahahahahah. Banyak lagi pinggan Kekwa makan



Roti john pun ada tau! Takdelah kempunan sebab tak pergi bazar ramadhan lagi hehe









Untuk tempahan:

  • Office: 03-78400516/03-78400657
  • Mazmadi: 012-475 0151
  • Nisa: 019-249 5778
  • Sue: 011-3698 1261
  • Syazwan: 012-614 0151
  • Emma: 019-945 1449


Korang boleh juga check facebook dan instagram diaorg!

  • Facebook: Azampandan
  • Instagram: Azampandan catering
  • Website: www.azampandan.net










Gulai kawah!






Buffet dia dari luar sampai dalam dewan. Yang dekat luar ni untuk goreng-goreng dan bakar-bakar macam keledek goreng, char kuew teow, kambing golek dan lain-lain

 Kemudahan

  • Surau
  • Tandas
  • Tempat letak kereta



Tempat letak kereta
Surau yang luas


Siap pasang pelita betul tau! Bukan yang pakai bateri tu ni yang pakai minyak tanah tu. 


Bersama kawan-kawan blogger Kekwa

Kak leya http://www.illyaleya.com



Tuan tanah, Kekwa Suka Makan! ihiks