Semalam Kekwa dan keluarga berbuka di
Buffet Ramadhan Azam Pandan, Dewan Tengku Zara Bangi.
Senang je nak cari tempat ni kalau pakai waze atau map confirm tak sesat.
Berkonsepkan ‘Stall’. Setiap stall ada makanan yang dia dah susun mengikut kategori. Kalau nak makan makanan beraneka mee, ada dalam satu stall, Nak makan nasi ayam pun satu stall. Jadi, pilihlah mengikut selera masing-masing.
Meja urusetia (Kalau nak beli walk in pun boleh) |
Juadah yang mereka sediakan lebih dari 150 juadah. Masa
Kekwa datang rambang mata nak pilih yang mana satu. Dessert pun banyak dari
kuih tradisional hinggalah ke kuih modern seperti brownies, pie dan sebagainya.
Antara menu istimewa yang mereka ada semestinya kambing
golek arab! Selalu kalau orang nak makan buffet ramadhan mesti nak cari yang
ada kambing golek. Kalau takde tak best hehe. Selain itu mereka ada ikan patin
kukus bersama king sauce. Jarang-jarang orang buat buffet ramadhan ada ikan
patin. Tapi di buffet ramadhan Dewan Tengku Zara, Bangi ni ada tau!
Bagus tau bagi amaran macam ni. Supaya kita beringat bila makan. Ambil yang perlu je. Kalau nak lagi, tambah jela. kan? |
BILA?
Tarikh: 8 Mei 2019-2 Jun 2019
Hari: Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Waktu: 6.30 petang - 9.30 malam
DIMANA?
DEWAN TENGKU ZARA, BANGI
Alamat: LOT 1513-B Batu 18 1/2 , Jalan Bangi, Kg Sg Tangkas, 43000 Kajang Selangor.
HARGA?
Harga promosi: RM35.00 (Untuk 5 hari pertama ramadhan sahaja)
Harga asal: RM55.00 dewasa/ RM 27.50 kanak-kanak
Sambil makan, sambil beramal!
(RM1 akan didermakan kepada fakir miskin)
Kekwa’s Favorite?
Mestilah Ikan patin masak tempoyak. Kuah dia pekat dan pedas. Makanan pun banyak sangat pilihan yang ada. Jadi Kekwa sarankan korang makan sikit-sikit je. Baru dapat rasa semua. Kalau makan nasi banyak nanti tak dapat nak cuba soto, laksa, kambing golek dan lain-lain.
Air ada 5 jenis. ni ada yang tak letak lagi ni sebab Kekwa datang awal sangat hahaha |
Ni baru trip pertama hahahahahah. Banyak lagi pinggan Kekwa makan |
Roti john pun ada tau! Takdelah kempunan sebab tak pergi bazar ramadhan lagi hehe |
Untuk tempahan:
- Office: 03-78400516/03-78400657
- Mazmadi: 012-475 0151
- Nisa: 019-249 5778
- Sue: 011-3698 1261
- Syazwan: 012-614 0151
- Emma: 019-945 1449
Korang boleh juga check facebook dan instagram diaorg!
- Facebook: Azampandan
- Instagram: Azampandan catering
- Website: www.azampandan.net
Gulai kawah! |
Buffet dia dari luar sampai dalam dewan. Yang dekat luar ni untuk goreng-goreng dan bakar-bakar macam keledek goreng, char kuew teow, kambing golek dan lain-lain |
Kemudahan
- Surau
- Tandas
- Tempat letak kereta
Tempat letak kereta |
Surau yang luas |
Siap pasang pelita betul tau! Bukan yang pakai bateri tu ni yang pakai minyak tanah tu. |
Bersama kawan-kawan blogger Kekwa |
Kak leya http://www.illyaleya.com |
Tuan tanah, Kekwa Suka Makan! ihiks |
No comments:
Post a Comment