Sunday 22 May 2016

Kekwa Ke Bandung : Part 1


Assalammualaikum and hi semuaaaa! 

*tabur bunga kekwa kiri kanan sambil jalan*

Kali ni aku nak share pengalaman aku pergi Bandung. (Bukan percutian kos rendah lol). Sebenarnya percutian ni dah dirancang lama dah sebab bapak aku dapat tiket flight murah. Lepastu, ini dikira percutian tahunan since almost 2 years tak bercuti jauh sebab semua busy jaga aku sakit :( Dah book flight ticket dari tahun lepas kiranya masing2 mengumpul duit nak pergi bercuti. Yela, kita bukan anak dato’ boleh beli walk in ticket. (But, still bersyukur dikurniakan keluarga yang mengajar indahnya menabung huhu)

Tiga dara pingitan. Sorang melati, yang tengah mawar, kanan sekali orked

Perkenalkan owner blog Kekwa. Sendu je nama aku ha.
 Kalau blog rating tak naik gak aku cadang nak tukar bunga taik ayam pulak. 

Itu dia gambar candid paling bajet sekali. Dah lah baju kedut seribu. 

Bersama bonda lin, yana dan luqman. 



*tak sedap* Baik kau makan siap2 before naik flight. Dalam flight boleh tidur.

Muka2 orang gelojoh. 

Percutian selama 4 hari 3 malam ke Bandung dah cukup bagi aku. Aku tak suka bercuti lama2 sebab memikirkan nak pack baju banyak, letih berjalan lagi. Aku tak tahu cemana orang yang pergi bercuti berminggu-minggu tu. Korang nak tukar warganegara ke apa tu? Haha.

Yeay dah sampai!
Bersama mbak Aleena. Our cousin. Ibu lin's daughter. she's studying in bandung.
Tapi lupa nama universiti apa. Unpad kalau tak silap. ke tak? haha. makasih  ya mbak! 

Secara ringkasnya Bandung ni bagi pendapat aku macam kau pergi  jalan tar masa hujung bulan Ramadhan yang jalan jam gila lepastu orang kira kanan lalu lepastu kereta stuck tengah2 dua bangunan. Ha. Aku baca blog siapa tah dia cakap Bandung sejuk macam Cameron Highland. Eh pepandai kau je. Mana ada sejuk sangat pun. Tapi tak berpeluhlah kalau jalan2 sana. Dingin macam tu je takdelah sejuk pun. Propa je ek eleh!
View from our hotel

Kita orang duduk di Gallery Ciumbuleuit Hotel & Apartment 2. Dia ada 3 hotel. Yang ketiga tu tengah buat. So far memang lawalah. Bapak aku book dekat Agoda. Ada 3 bilik. 2 bilik air.Siap breakfast untuk lima orang untuk tiga hari. Kitaorg memang cari hotel yang ada microwave and peti ais sebab bawa frozen rendang and sambal goreng. Kalau dah tekak tu melayu, bawa2 lah bekal ke sana. Ibu masak tengahari dan bekukan, esoknya nak pergi bungkus dengan surat khabar masuk dalam luggage (kargo). Jangan kau letak dalam hand luggage. Kang tak pasal2 kastam ambik rendang kau. Menangis kau nanti berlagukan air mata syawal siti nurhaliza....


'Catch your rendang if you can.....' - ada pulak masa pak polisi ni nak kenyit mata. hahaha



'Ha..seriuslah....'

'Bak balik rendang aku kalau tak aku unfriend kau dekat fesbuk!!' 
 Sayu……hati ini makin sayu.
Rindu….Mengenangkan rendang gue di ambil pak polisi.
                       
                                              *Enough drama rendang haha. over*

Ni hotelnya


Dining room. Tu ada microwave and peti ais.
Atas meja tu rendang. kahkah
*Sebenarnya kita orang masuk je bilik terus sepahkan tak sempat nak ambil gambar sebelum. Pardon the messiness lol*




Tah bila masa aku ada bela ulat tah em

Bilik ni banyak mirror. First time kitaorg adik beradik tak berebut cermin hahahaha










Lobi

Second day baru sedar kewujudan pool and gym. hahaha. 

Hotel ni jauh dari bandar dalam 30 minit perjalanan (tak termasuk jam). So, demi nak mengelakkan jam, awal pagi dah terpacak depan kereta. Kalau kau nak pergi jalan riau(dekat situ banyak factory outlet, ada richeese factory, and butik vendour), Cihampelas Walk dalam 15 minit je. Banyak je hotel murah2, kena pandai carilah. Aku rasa kalau nak pergi walk in pun boleh tapi pastikan kau pergi weekdays la kalau weekend kang takut kau kena bermalam dekat airport pulak haha. Ada je hotel dekat2 bandar, turun je boleh pergi banyak tempat. Aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran bapak aku masa dia book hotel tu. Haha. Mungkin sebab bapak aku nak cari tempat selesa sikit. Nak2 pulak bawa orang sakit jalan2. Haha. :')



Cihampelas Walk



Segan nak order. haha

Bebek kremes. I love the taste of sambal!


Jus Alpukat!


Kedai Payless

Pak jerry yang suruh kitaorg berdiri tengah jalan ni nak ambil gambar.
Padahalkan kiri kanan kereta lalu lalang. sesedap dia je haha

Lace lawa gila. darah hidong tatkala hamba melihatnya. 

Lobi

Bakal doktor tengah study sambil teman kitaorg bercuti haha

Breakfast macam takde hari esok nak makan. Semua benda nak rasa. 

Lobi waiting area
 
Padat gila kawasan perumahan.





Aku suka Bandung. Walaupun dengan sesak dan orang berkejaran jual barang dekat kau tapi aku suka pergi sana sebab dapat cakap indon. hahahahaha. Ha tu je alasan aku. Padahal boleh je cakap dengan makcik jual chicken chop dekat mahallah hafsah uia. Orang indon gak tu, tah ada permit tah tidak. Tibah! Sebenarnya banyak benda lawak yang jadi dekat sana. Tapi korang sabar jap. Aku ambil masa 3 hari kot nak menaip entry kalini. Padahal takde benda pun. Banyak gambar je padahal. Haha. 

Okay, doakan aku sentiasa rajin untuk menaip sambungan trip bandung ni. Banyak tempat menarik yang aku pergi and ada tips2 yang aku nak share. hihi.


SALAM SORE MAS RADEN SAMA MBAK WIJAYA. 
*tabur sambal ayam penyet*