Makeup review : Maybelline Lipstick (Mampu milik lol)

First time update pasal benda yang takde kena mengena dengan #JourneyToHeal. haha. Okay kali ni aku nak share lipstick mampu milik (bukan review bebayar haha) yang aku rasa relevan untuk beli lagi2 student yang bergantung pada pity pity end lol. Aku kalau dah kerja takde maknanya aku beli maybelline, baik aku beli mac ke kylie ke velvel vanity ke.lol. Tapi most of my makeup product dari Maybelline. Macam foundation, concealer, lipstick, eyeshadow palette, eyeliner, mascara and compact powder. Semua duit makeup kakak atau parents yang kasi hahaha. Sedih gila menagih kasih minta beli lipstick haha. Semua barang ni  korang boleh dapatkan di watson, guardian, sasa.

And aku dapatkan semua barang ni pada bukan harga asal. Sama jugak macam korang buka web air asia cari tiket murah nak pergi bandung kan? aku pulak bukak web watson and guardian tunggu diaorg buat promotion. Kadang2 promotion diaorg boleh buat nangis wo. buy 1 free 1. Tapi korang kena rajin tengoklah web diaorg. Kalau nak pergi guardian tiap hari jenuh pulakkan. And diaorang suka buat sales bila end of the month atau hari perayaan macam chinese new year, happy new year, april fool (ehh). Masa tu korang akan rasa macam nak terpacak depan guardian sebelum subuh lagi sebab nak jadi first buyer. cewah!

Tak semua orang ada kegilaan pasal makeup and stuff. And ada jugak yang 'Sorrylah, i prefer natural look dari pakai makeup tebal'. Sukahati koranglah. Pendapat orang lain-lain. Respect pilihan masing2 pun dah cukup baik ini nak perli2 orang pakai makeup. KALAU KAU SANDING PAKAI MAKEUP AKU TEMBAK KAU PAKAI SENAPANG GAJAH NANTI.

Aku takdelah gila sangat pun pasal makeup since aku memang tak reti nak lukis kening walaupun dah belajar dari youtube and siap pergi kelas. Tapi theory aku A+ , kalau praktikal hancusss. And aku pakai makeup bila nak pergi kenduri kawin je. Kalau keluar memang takde maknanya aku nak makeup! Nak solat lagi, leceh nak tanggal makeup. Orang yang pakai makeup je tahu azab nak cuci makeup. haha.

Bagi aku benda wajib untuk orang perempuan ada is lipstick. At least! Sebab lipstick ni naikkan seri muka walaupun muka kau macam tak semenggah haha. Aku minat makeup pun since aku sakit. You have no idea what my real face looks like kalau tak pakai makeup. sumpa macam zombie bergerak. Kalau tak pakai nanti mesti orang asyik tegur je, 'kau sakit ke ni...' 'Alang nampak macam tak bermaya, okay tak ni? wanna go to hospital?' haha. Padahal okay je...Kadang2 aku rasa chemotheraphy ni  buatkan muka aku macam lain and structure dia berubah .hahaha. Entah mungkin perasaan aku je.

Maybelline Colour Sensational Lip Gradation 

Harga asal dia RM32.90. Tapi aku beli masa offer dalam 20 lebih je. Tiap kali aku datang guardian/watson mesti dah habis dah jenis ni. Ringan senang nak bawa and tak macam lipstick lain yang penutup dia selalu terbuka yang ni ketat penutup dia. Untuk bibir macam aku cepat gila kering, memang sesuai pakai ni. Warna dia pun tak cepat luntur. Lainlah kau bedal mee kari dengan teh tarik memanglah luntur cepat. Tapi still susah tanggal.


Worth to buy! Pergilah beli dekat kedai yang berdekatan :D





Okay itu je. Nanti kita update lagi <3
















Comments

Popular posts from this blog

Journey To heal : 7 perkara yang perlu buat bila dapat tahu ada KANSER.

Kekwa Ke Port Dickson : Lexis Hibiscus & Muzium Tentera Darat