Wednesday 23 March 2016

Journey To Heal : Wishes




I read everything. Almost everyday. 
Thank you for being part of my life 

:)















































Tuesday 22 March 2016

Journey To Heal :Visitors


Boleh tahan berzaman jugak nak update blog ni. Padahal takde mende pun buat dekat rumah selain makan tidur solat baca buku and ambil tahu isu semasa. Okay, post kali ni banyak gambar je. Kita kasi hidang gambar je pada awak-awak semua. hihi (Padahal takde idea dah nak update pasal apa...haha) Makcik aku pun sibuk tanya bila nak update blog. Blog ni makin lama makin hambar level 35 candy crush dah. (Anyway, aku still geram dengan makhluk yang invite main candy crush dekat fb ni. Jangan sampai aku buat kau jadi rendang untuk raya tahun ni!) 

Sepanjang setahun lebih drama 'Kekwa Kanser Berdarah' disiarakan di instagram. Ada beberapa pelakon yang tak ngajak tiba-tiba buat sepraiz visit. Tiap kali aku warded mesti tiba-tiba ada je yang call  tanya 'Eh, kau ward mana bilik berapa' Aku dengan kepala botak ni tergopoh-gopoh capai tudung. Rakus tau perangai pelakon-pelakon tambahan aku ni. hehe

Selain datang hidang muka masing-masing depan aku, diaorg turut datang dengan pakej, siap bawa kek, belon, tomyam, flower crown (yg ni aku tak faham motif dia bawak hahaha), buah-buahan. Powerr betul effort masing-masing semata nak buat Kekwa doploh pat jam nyengih busuk tepi katil wad. Okay, pe lagi meh aku cerita sorang2 punya perangai bila datang wad 6TD.


Adzimah Ratu Air Mata

Ni Adzimah. Aku panggil dia Jimah. Kalau bab air mata kau serah pada dia. Muka macho pun air mata laju je gugur tatkala dapat makan mee goreng mamak kegemaran beliau. Sadis bukan? Macam mana aku kenal jimah ni agak panjang cerita dia. Yang pasti mak aku pun tahu drama Jimah tersepit hatinya dicelah engsel pintu. haha. Thank u jimah sebab dua kali datang jenguk kita. Mogaa kita terus berkawan dan tak lupa janji awak nak bawa saya makan mee wantan dekat bangsar tuu. kahkahkah



Aina Si Katik Tapi Celik


(Ampuni daku ketika kegemukkan sedang melanda diwaktu ini)
Tak perlulah aku jelaskan tentang yang 'katik' tu sebab dah terang lagi bersuluhkan (Aina, kakak lebiu olwez hihi) yang celik tu ha. Pandai gila budak ni. Aku pulak yang stress tiap kali dengar result dia bila adik aku cerita. Kau makan kismis 30 balang ke aina? haha. Masa ni aina datang dengan parents dia sekali. Mak bapak aina lawak gila. Nak gelak tapi tak larat pulak masa tu. haha. Thank u aina datang melawat kakak. Kakak doakan moga awak terus excellent dalam pelajaran dan sentiasa manja macam selalu. Kakak love you ! 



Afiqah My BFF.  

Serabai gila muka aku
Afiqah ni kawan karib aku sejak 2008. (masa 2007 si afiqah ni bajet lagi. mana kawan dengan budak kelas hujung. hak alah!) Ponteng kelas Sejarah sama-sama. Paling tak sangka bila dua2 dapat masuk UIA. Macam drama Indon yang selalu tertukar anak tu, alih-alih dapat tahu anak kau jadi bibik tak bergaji dekat rumah kau. Bak kata hafiz hamidon Jodoh pasti ketemu! Tibahhh.Afiqah selalu serba salah sebab dia kata dia paling jarang melawat. Dia tak tahu ke yang dalam hati aku ada tempat buat dia. Chia chia chiaaa! (Lol terjebak jugak aku dengan benda alah ni)



Farhana dan Kuncu-kuncunya

Fana :Saya jatuh cinta pada awak sejak terpandang  betapa panjangnya bulu hidong awak
Me: Awww fana. Thats so sweet of yaa!


Fuh. *Letopkan jari jemari*. Atas kiri sekali si ayuna senget, sebelah tu Maisara terkebil, tu pulak dibah cekodok, yang buat peace tu si aina sopan alahai, yang depan tu fana dan me, Kekwa letop. Riang gila aku masa diaorg datang. Dengan mulut fana yang memecahkan kesunyiaan, dengan lawak si ayuna yang jet jet jet lawak je :P Lepastu masing2 sambung menyambung buat lawak. Memang satu hari aku kepenatan dengan gelak je....Ah rindunya semua!



Si Kepoh Tiqa dan Si pasif P.a 


Dari gambar pun dah dapat nyatakan si tikah memamg kepoh atas sikit level dari mak jemah erafm. Aku tak dapat nak borak sangat dengan si tikah ni sebab kerja dia asyik gelak dengan lawak sendiri je. Aku pun tak faham perangai dia. Gasak kau lah dik! haha. Si p.a ni pulak aku tanya sepatah dia jawab setengah patah. Kalau aku tak tanya, sampai kesudah dia bisu disudut bilik 17 wad 6TD. haha. Lepastu ada satu kejadian yang buat si p.a ni akhirnya terpaksa keluarkan suara untuk bercakap dengan aku. (Tak dapat nak bagitahu disini takut mengaibkan mangsa kejadian lololol) Thank u for visting me! Moga korang sentiasa sukses dalam menggapai cita-cita <3



Geng Bas Sekolah Rendah



Kiri sekali my bestfriend fadlina, wani and tasha. Ni semua geng sekolah rendah. Jauh merantau ke Tampin semata nak visit. Aku still tak puas hati sebab tasha tetap kelakar macam dulu. Aku sampai tak boleh makan dia asyik buat gelak je. Si fad pulak tak habis2 sambut lawak si tasha. Wani macam biasa sengih jela kerja dia. Rindunya korang!!!!!!


Rombongan Cik kiah Smkap 


Ha, inilah gadis Smka Pedas. InshaAllah masih belum empunya. Boleh personally contact saya jika berminat #JualMember #SorangSeplohRibu. Wow ramai sangat ni kalau aku nak cerita sorang-sorang. Buat kawan-kawan yang jauh dimata tapi dekat di celah jantung saya, Moga kalian terus berjuang demi memartabatkan hak kaum wanita sekalian. Takbir! (Rindunya semua. Moga sentiasa dipermudahkan urusan kalian)






Marhaban TTL




 

Okay untuk geng Marhaban TTL ni kasi banyak sikit gambar sebab banyak kali jugak diaorg datang melawat. Tu tak kira lagi dengan sepraiz visit dari YB Fikri Ahmad yang diaorg plan.Sakai eh perangai masing-masing -.- Takde benda nak cerita biarlah gambar yang berbicara betapa sayangnya saya pada mereka bersembilan :) 




Sepraiz visit from YB Fikri Ahmad dan Datin Paduka Ishqie





Okay sebelum korang buat gosip panas melodi tv3 aku nak ucapkan tahniah buat Bro Fikri Ahmad yang sudah melangsungkan perkahwinannya bersama pilihan hati beliau tahun lalu. Patah hati jugak masa dengar berita ni. kahkah. Fikri dengan ishqie siap datang bawa cake, belon frozen dengan flower crown. Tibah sangat masa chemo pakai flower crown masa ni. One of the best moment in my life. Bukan senang kau nak jumpa crush (ex lol) kau yang femes melambung-lambung ni. haha. Thank u sebab datang!!


Ucu Si Neelopahh


Glamer tau aunty uols pakai neelopah sekarang. Bangun pagi pergi kerja semangat nak sarung neelopah. Seminggu sebelum dah gosok dah 7 colour tudung neelopah untuk dipakai setiap hari ke tempat kerja. ((Lol im joking ucu. tapi kalau betul dah bolehlah tukar nama jadi uculopah after ni! haha) Thank ucu for coming bagi moral support tanpa henti. lebiuuuu !


Usrati Jannati



Cliche kan nama usrati jannati. haha, Tapi itulah kebenarannya nama group whatsapp kita org. Nama pun group usrah. Takkan nak letak 'Kami Dak Pavi'. atau 'Kami Kawan Setia Till Jannah' lak kan. Haruzlah nama yang bertemakan islamik wa tarbiyyah sikit.Lol. Eh rindunya lawak hanan. Aku selalu tewas dengan lawak hanan. Aku harap dia tak pakai saka atau sebarang entiti yang berada dibelakang beliau (Cuba zoom gambar untuk pengesahan emmm) Rindu sol, anis, tini, putri, alia, hanan, jai dan iz. :/



Sebenarnya ada ramai lagi yang datang. Antaranya Amira muhammad retis uia, Tokpah my nenek yang rock, Datin paduka seri Ibu mas kangkar tebrau,aush, atin, tella my bibigel, Ibu lin dan keluarga yang tak pernah lupa nak tanya alang nak tomyam ke tak tiap kali alang warded. Ahli keluarga belah ibu dan belah ayah. EH SEMUALAH SENANG!!!

(haih lupa dah siapa yang datang lagi...) 

Terima kasih pada semua yang datang bagi moral support tanpa henti. Pada yang saya tak nyatakan nama atau tak letakkan gambar itu tak penting. Yang penting keikhlasan kalian tak putus-putus bagi semangat. 






Moga Tuhan dapat membalas jasa semua :)




p/s: Kalau korang nak aku share pasal apa2 yang berkaitan dengan 'journey to heal' let me know okay ? :*