Sunday, 21 February 2016

Journey To heal : 7 perkara yang perlu buat bila dapat tahu ada KANSER.


1. Menangis sepuasnya! 





Sebab lepas ni dah kena kuat untuk fikir apa langkah seterusnya. Kena fikir jenis rawatan apa yang diperlukan. Jenis pemakanan apa yang sesuai untuk pesakit kanser dan lain2. 





2. Bagitahu keluarga dan kenalan rapat. 






Sebaiknya bagitahu sesiapa yang kita rasa selesa bersama. Bukannya kita nak seksa jiwa dan emosi keluarga dan sahabat kita, tapi nak sama-sama beringat yang semua ni ketentuan illahi.(Jangan jadi macam Siti dalam drama Cinta Ibadah. Ada ke cari muka serupa dia untuk ganti tempat dia kejap masa dia tengah cari cure untuk cancer -.-. Tak logik betul!)
 Masa aku dapat tahu ada kanser, aku peluk mak aku sekuatnya. Sebab aku tahu mak adalah permulaan untuk susah senang aku sepanjang berubat. (While, ayah kerja, adik beradik pula masih belajar)





3. Kena sedar diri yang Tuhan dah bagi hint yang bila-bila dia boleh tarik nyawa kita. 

Kita patut bersyukur dengan apa yang Tuhan beri dan uji. Sebab orang lain tak tahu pun bila dia akan 'pergi'. Tapi, kita pesakit kanser, Tuhan tengah bagi peluang untuk kita bertaubat. See? betapa istimewanya kita dimata Tuhan!  Bila dapat tahu kita ada kanser, maknanya bila-bila sahaja kita akan 'pergi' Ianya sebagai peringatan supaya kita kembali kepadaNya. 





4. Buat research tentang jenis penyakit dan rawatan. 


Okay, benda di sangat penting. Kau kena jadi doktor google jap untuk tahu every single thing pasal penyakit kau/family members yg ada kanser/ kawan yg ada kanser. Lepastu cari jenis rawatan apa yang diperlukan. Contoh : Chemotheraphy, Radiotheraphy, Rawatan Alternative dan lain-lain. Dan lagi satu, jangan pulak panik kalau doktor cakap kanser kau dah tahap 4 ke apa. Sebab macam kes aku, aku stage 1 tapi sampai 15 kali chemo baru clear. Kawan aku tahap 3 tapi complete 6 cycles ABVD dah survived. See? 
betapa degilnya kanser aku sama macam tuan dia. haha. Hakikatnya, Semua bergantung pada izin Tuhan :)




5. Jangan mudah tertipu dengan segala produk anti kanser, cegah kanser dari awal dan lain-lain. 








Percaya atau tidak, masa aku buat official statement dekat facebook dan instagram (gitu ha. rasa retis kejap haha) yang aku ada kanser, berpuluh yang request nak jadi kawan. Antaranya, Jus belalai gajah terlajak letop, Pil sekali makan terus boom! hilang kanser engkau, Mahu kurus seperti kilafairy? cuba pil ini! (Semua bukan nama sebenar haha). Takda masalah pun kalau nak mencuba, tapi carilah yang original, kalau beli online ni susah sikit nak percaya. Tah apa2 ingredient dia takut yang merana nanti diri sendiri. Kalau kau tanya aku, aku cuma makan habbatus sauda, blend jus epal dan belalai gajah dan PANTANG MAKAN. (sebaiknya kembali kepada pemakanan sunnah. tapi, aku kadang2 boleh lah. tekak orang nogori ni tak habis2 nak masak lomak cili api haha)  masa awal2 je semua jenis ubat/ supplement nak makan, lepastu aku give up. First sebab aku tak suka makan ubat. Second, sebab mahal kot ubat2 tu! Aku prefer makan buah banyak, sayur organik dan lain-lain.





6. Cuba sedaya upaya untuk gembirakan diri sendiri. 









Kanser suka orang yang suka bersedih. haa takutkan?!? dah tu nak sedih2 buat apa lagi. Carilah apa2 sahaja yang mampu buat kita gembira. Contohnya, kalau pesakit beragama islam dekatkanlah diri dengan Allah. Mengaji, hafal ayat2 quran untuk penyembuh. (nanti aku kongsi apa yang aku amalkan selalu). For a non muslim, buat sesuatu yang kita happy dan minat. Macam aku, aku suka melukis walaupun tahu tangan takde seni tapi untuk sendiri tengok takde hal pun haha. Buat kerja yang ringan2 je, pergi bercuti kejap ke. Tulis diari, create a blog ke. Kongsi pengalaman kau dekat facebook ke. Selfie sambil chemotheraphy, watch your fav movie, dengar lagu yang happy2, selfie with your bald head (yang ni my fav. tapi tak boleh post ah.DOSA, sebab aku bertudung haha.)




7. Follow social media yang kongsi tentang cancer & stuff. 

https://www.facebook.com/groups/1415019032094938/

https://www.facebook.com/lymphomaclub/

Whatsapp Lymphoma Warriors

Macam aku pesakit kanser lymphoma, aku sentiasa baca post dekat facebook page Lymphoma club. really inspiring! Semangat gila tengok orang post gambar yang dia org dah survived. Dan dekat situ juga dia bagi tahu tips2 macam mana nak handle emosi, chemo dan lain2. Dan satu lagi group whatsapp lymphoma warriors. rasa macam family dah dengan dia org semua. Semua saling bantu membantu bagi semangat, kongsi kaedah rawatan. And last but not least, group cancer survivors (Malaysia) dekat facebook. Kau tanya je satu, haaa beribu orang reply! hihihi, Macam2 jenis kanser ada. Dan yang terbaru dekat twitter. Cuba cari hashtag #MedTweetMY. dekat situ segala macam jenis doktor ada, boleh tanya.(Tapi, u still have to go to hospital k. setakat nak tahu teori bolehlah) Go and search okay! 




Okay tu je. Asalnya nak buat 10 points. sekali takde idea. haha. 
Thank you for reading! <3

Popular Posts