Journer To Heal : Hospital Serdang.




My cekodok <3 
Lapar. haih. 
K dah. kita start cerita yuk !

Buat kali pertama aku dimasukkan ke hospital. Kalau orang lain takut, tak pula bagi aku. Sebab aku excited! Bukan senang nak masuk hospital. Bukan sesaja. Aku anggap apa yang aku lalui ni adalah sebuah pengalaman berharga gituw hengko!.  Masa nak check in, nurse ambil berat dan tinggi , lepastu pilih katil. Boleh pula mak aku request nak katil tepi tingkap. Nasib baik ada kosong.
Sepanjang aku berada di hospital, mak aku yang teman. Tapi, pukul 9 malam ibu dah tidur. Maka terkulat-kulatlah aku keseorangan mendendangkan syair kita di ufuk asmara. 


Demi ! Demi ! Cinta ! Cinta ! Dalam hatikuuuuuuu ~


Dah over kau. 3 hari 2 malam aku bermalam di Hospital serdang.

First selfie dekat hospital yaaw ! 
Tiap kali masuk hospital mesti kena cucuk jarum -.- zzzzZ.

Okay, mood mengajar aku dah datang dah … *libas rotan *



Apa itu CT GUIDED BIOPSY?

Dia sama je macam CT SCAN. Tapi dia ada cucuk-cucuk siap. (Lapar pulak  aku rasa bila cakap cucuk. Aku terbayang sate. Haha.)



Kenapa kena buat CT GUIDED BIOPSY?

Sebab nak ambil sampel dekat ketumbuhan. Nak tengok sama ada sel kanser atau sel tisu biasa atau sebaliknya .Sekali lagi aku dimasukkan ke dalam terowong berhantu tu. Tapi kali ni, ada doctor dan nurse. Macam minor operation jugaklah. Tapi takde jahit2. Sebab dia cucuk guna jarum yang maha panjang dan menyeramkan.



Nilah jarum durjana tu. Ni kalau buat cucuk sate ni sedap ni..




Lebih kurang macam nilah prosesnya. (Bang google, adik pinjam gambar hiks)


Bagaimana proses berlaku?


Memandangkan ketumbuhan aku dekat area peparu, jantung jadi dah tentulah cucuk dekat dada. Dekat dada. Hm… dekat dada. Hmmmm. Hmmmm. Aku macam nak menangis air mata ikan tembakul dah waktu tu sebab yang buat doctor lelaki. MALU GILA. Half naked dah aku atas terowong tu. Mula2 dia main lukis2 dekat area dada aku, sambil pandang screen CT SCAN tu. Takut salah cucuk ke apa. Lepastu, bila dah siap apa semua, baru dia explain macam mana. Jangan risau dia kasi bius. Tapi kau tetap dalam keadaan SEDAR. WEH SEDAR WEHHHH. FAHAM TAK AKU NAMPAK DOKTOR TU CUCUK DADA AKU PAKAI JARUM GORILLA TU PASTU MIMIK MUKA DIA MACAM PEMBUNUH PSIKO.





"Awak dah ready nabiha? saya nak cucuk ni ....."  *asah gergaji*




Ceh over kau Beha. Ni lah padah banyak tengok cerita psycho. -.- zzzZ
Rasa cucuk tu macam dia tekan dada kau, plus akan rasa sesak nafas sikit dan kau akan dengar bunyi macam  jarum tu terlanggar tulang ke apa aku tak tahulah, tapi masa jarum tu langgar kau akan rasa sakit sangat, dan dia buat berperingkat. Aku kira dalam lebih kurang 4 peringkat. Dia masuk sikit2, bila dah sampai dekat tempat tu, nanti ada bunyi “TAP” means dia dah ambil lah sampel tu.  Aduh ngilu pula rasa bila cerita balik. Pastu, nurse kemaskan luka dan tampal. After proses tu, kau dibaringkan atas katil and dibawa ke tempat x-ray. Xray pun dalam keadaan baring. Aku menangis je sepanjang tu. Hahaha. RIP BEHA. LEMBIK. choi

Sakit tak lama pun.  Kalau buat pagi, petang dah boleh gerak sesikit dah. Tapi jangan gasak sangat. Takut bleeding pulak luka tu. Malam kau dah boleh ajak nurse karok lagu cindai. So duration sakit dia takdelah lama. Cuma azab masa nak biopsy tu yang tak sanggup. Nak nak pulak aku kena dua kali sebab yg first tak dapat sampel. -.-



Sepanjang aku berada di hospital untuk biopsy 1 and 2, visitors yang datang aiman & jimah, faezah & caer, fatyn, dina, miza and deeda. Thanks korang sebab datang melawat <3 
Nah enjoy the pictures sepanjang aku berada di hospital serdang. :)




Aiman and jimah dating tak menyempat. Dekat hospital pun jadi -.-

Before my first ct guided biopsy. Masa ni excited gila sebab makcik before aku cakap tak sakit.
Choi, nipu. sakit gila. :<

Balloon from fatyn and the gang <3

Makanan hospital. Gigih ambil gambar.

My fav drink. air koko and susu !

View from bed, Bangun pagi nampak awan.
Such a nice view untuk orang sakit yang stress macam aku :3

my bed 

atas katil masa nak kena hantar untuk buat second ct guided biopsy . 

Okay mamat ni macam artis. but i cannot remember who. 

In the lift yaawww. Baring dalam lift like omg jakun. haha.Tu my mom. <3



I look thin. but naah. now im fat again zzzZ




I miss my sister. Paling setia teman ke hospital every week. Thanks adik.
Alang love you <3




Jaga kesihatan semua. Sakit . Memang sakit bila ada sakit. Tapi lagi sakit tengok orang keliling kau terutama family kau tengok kau sakit. It really hurts guys. Jaga makan. Jaga diri. Jaga solat. salam.





To be continued ..... 












Comments

  1. yeayyy dah sambung hahaha weh kau tk pernah reply comment akuu :'(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Journey To heal : 7 perkara yang perlu buat bila dapat tahu ada KANSER.

Kekwa Ke Port Dickson : Lexis Hibiscus & Muzium Tentera Darat

Makeup review : Maybelline Lipstick (Mampu milik lol)