Friday 26 December 2014

Journey To Heal : Batuk

Assalammualaikum and hi :)
Before i start, thank to Allah. Alhamdulillah,  whatever happened Allah knows best. Dia yang maha mengetahui segalanya.


Early August.

Ketika itu aku masih Uia lagi. (Buat pengetahuan semua, saya pelajar ijazah jurusan Sains Kemanusiaan di UIA Gombak).Waktu itu aku mengikuti semester pendek subjek Bahasa Melayu. Konon nak cepat habis belajarlah. Masa itu aku dah mula batuk yang sangat teruk. Cuaca ketika itu juga panas dan kering. Kawan-kawan aku pun ada yang batuk dan demam. Dalam kelas lecturer siap tegur. Malu gila sebab kelas senyap, aku je bising. But, Alhamdulillah, nasib baik masa individual presentation batuk tak buat hal. Aku punyalah berzikir sepanjang tunggu giliran sebab takut terbatuk-batuk. Aku dah bergenang air mata dah dalam kelas tahan tiap kali batuk. Azab gila perasaan batuk sebab kau kena lepaskan kalau tahan sakit dada, plus rasa nak terkencing everytime you cough.  Alhamdulillah, Allah permudahkan perbentangan aku waktu tu.

Sebelum ini aku dah pernah pergi klinik luar dalam 3 kali. Doktor bagi ubat batuk and atibiotik. Kali ke-3 pergi baru doktor suruh pergi buat x-ray sebab masa tu tengah kecoh pasal penyakit TB. Aku yang belajar dekat uia dikelilingi dengan foreigner, lagi mak aku risau. Masa itu hari sabtu malam. Esok aku nak balik UIA daftar semester baru. Nasib baik dekat UIA boleh buat x-ray free! Esok tu juga aku pergi. 



8 September 2014


Aku jumpa Doktor Site nor (siapa nak buat rawatan request nak jumpa dia. Baik gila) Doktor site suruh buat urgent x-ray, memandangkan aku malas nak tunggu berjam-jam dekat klinik UIA yang tak putus-putus students datang minta MC. Masing-masing kes nak ponteng kelas tapi versi 'halal way' haha. 

Lepas buat x-ray, doktor suruh ambil neb. Dalam hati aku, benda alah apa Neb ni.

"Neb tu apa doktor?....."


Neb : Nebulizer
  1. "In medicine, a nebulizer (or nebuliser) is a drug delivery device used to administer medication in the form of a mist inhaled into the lungs. Nebulizers are commonly used for the treatment of cystic fibrosis, asthma, COPD and other respiratory diseases." - wikipedia


Pinjam gambar dik !

Ha begitulah cara neb ye untuk para noob sekalian termasuk aku -.- Doktor suruh ambil neb sebab masa aku datang klinik UIA tu, i look terrible! Macam orang nak mati sesak nafas. Sebab dari kelas nak klinik agak jauh. And it takes 90% of my oxygen dalam badan. Cewah semput mak jemah kau!


Susah gila nak dapat shot ni. Nurse dok kehulu kehilir.hehe 



Selepas dah selesai buat xray dan neb terus jumpa doctor balik. Then, dia tengoklah xray...

Doctor said : "Ala, tak cantiklah xray awak..." 

Masa ini aku blur gila. I thought sebab gambar tak clear ke apa. Sekali rupa-rupanya dekat x-ray tunjuk dekat area peparu ada something. Selepas itu, doktor suruh balik buat rawatan dekat hospital Seremban. Malam tu jugak Ayah bawa balik pergi hospital. Sampai pukul 12 malam menunggu giliran. Aku baru sedar ramai orang malaysia ni sakit rupanya.




Moga Allah lindungi semua orang dari penyakit yang merbahaya .. Ameen .


To be continued .


No comments:

Post a Comment