APO
KHABAR WAGHIH?
Kali ini Kekwa akan membawa korang semua menjelajah ke
Negeri Sembilan selama 4 hari.
Tapi dalam blog jela, okay? Hehe
Sebelum itu, terima kasih kepada Kak puteri, Encik
Nuar dan Team gaya travel yang sudi menjemput Kekwa ke trip #TeghojahN9. Trip
ni adalah anjuran Gaya Travel Magazine
bersama Lembaga Pelancongan Negeri
Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan yang menyokong sepenuhnya Trip
#Teghojahn9
Amacam
semuo waghih-waghih? Dah bersedio nak #TeghojahN9??!!
Sebelum tu selfie dulu dengan Megumi. Kawan baru Kekwa dari Jepun! :D |
‘Tak kenal, maka tak cinta!’
Dah masuk negeri orang moleklah kiranya kita berkenal-kenalan dahulu dengan Negeri Sembilan,
Negeri yang penuh adat. Jadi,destinasi pertama kita ke:
1. GALERI DIRAJA
TUANKU JA’AFAR
Galeri
Diraja Tuanku ja’afar merupakan sebuah muzium yang diinspirasikan oleh
kehidupan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum, Tuanku
Abdul Rahman. Baginda merupakan Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-10 dan
ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada tahun 1967.
Kalau korang datang sini masuk2 je nanti dia akan
kenalkan tentang sejarah Negeri Sembilan dan barulah kronologi kisah hidup
Yamtuan Negeri Sembilan.
Air Jando Pulang |
Terima kasih kepada pihak galeri yang menyediakan air signature Negeri Sembilan Air Jando Pulang (Air Kelapa, isi kelapa, gula merah dan daun pandan). Tak pasti kenapa jando tu merayap sampai kono panggil balik umah hahaha.
Entrance |
Apa yang menarik?
Ruang Sewaan
- Sejarah Negeri Sembilan
- Kronologi kisah hidup Yamtuan Negeri Sembilan
- Keluarga diraja
- Koleksi peribadi diraja seperti kayu golf D.Y.M.M Tuanku Ja’afar
- Singgahsana Istana Besar Seri Menanti
- Diorama ‘perarakan diraja’ (3D miniature)
- Pameran Lukisan Diraja
Ruang Sewaan
Galeri ni bukan sahaja menempatkan koleksi
peribadi diraja malah ada ruang yang boleh disewa. Faham tak betapa besar
tempat ni sebenarnya. Galeri je dah 3 tingkat tau! Jadi, bagi sesiapa yang
tercari-cari tempat nak buat majlis, program dan sebagainya Kekwa akan bagi contact
dekat bawah ni nanti.
Kemudahan
- Kedai cenderahati
- Tandas
- Surau
- Tempat letak kereta
- Kafeteria
- Bilik Bayi
Pemandangan dari Tingkat 2 galeri |
Kekwa’s Favourite?
Perarakan diraja! Sebelum baginda ditabalkan
menjadi raja, dia kena bersiram dahulu. Tapi bersiram macam mana? Haaa kalau
pergi, tanyalah dekat staff di galeri tu, nanti dia ceritakan. Kalau cerita
dekat sini nanti tak surprise pulak. Hehe
Masa baginda nak pergi tempat bersiram tu,
baginda akan menaiki sebuah kenderaan yang diberi nama Takhta Rencana dan akan
ditarik oleh pegawai-pegawai istana yang dipanggil Pegawai 99. Menurut orang
yang cerita pada Kekwa hari tu, yang tarik kereta tu lebih dari 99 orang. Tapi
kenapa nama pegawai 99 tu diberi? Apa simbolik dia? (Kalau ada sesiapa orang2 galeri baca tolong
komen sikit. Sebab masa tanya tu dia kata, dia pun tak pasti sebab apa haha)
Waktu lawatan:
- Dibuka Selasa-Ahad (Tutup pada hari Isnin)
- 10 pagi – 5 petang
Harga Tiket:
- Dewasa: RM10 Pelajar
- OKU & Warga emas 55 tahun dan keatas: RM5
- Percuma: Kanak-kanak berumur 6 tahun keatas
Aktiviti Terdekat:
7 Mei- 2 Jun
Buffet Ramadhan
(Yang pasti ada kambing grill tu yang membuka selera tu!)
Lokasi:
Alamat: Galeri Diraja Tuanku Ja’afar Jalan Taman Bunga, 70100, Seremban
Dekat dengan Taman Rekreasi Seremban
Berada di tengah-tengah bandar Seremban.
Senang je cari. Map kan ado, sonang!
Contact:
No. Tel: +606 761 9102/9103/9104
Faks: +606 761 9105
Emel: pr@gdtjns.com
Facebook: https://www.facebook.com/gdtjns/
Instagram: @Gdtns
Twitter: @gdtns
Instagram : @DiscoveryMalaysian |
Seterusnya kami makan tengahari di
2. Makan Beradat di Muzium Negeri, Seremban,
Negeri Sembilan.
Istana Ampang Tinggi |
Korang akan makan di dalam Istana Ampang Tinggi.
Istimewanya rumah ni dibina tanpa paku. Dia main selak2 je kayu. Power tak power orang dulu2
buat rumah. Lepastu, nak makan kena bersila. Takde kerusi meja.
Okay, makanan disini dihidangkan dalam dulang.
Orang nismilan panggil Jamba. Satu jamba untuk 4 orang makan. Kekwa makan
dengan Megumi penulis dari Jepun. Jenuh gak nak translate Keli belado jadi
Catfish swimming in the chillies. Hahaha. Kalau sambal gesek apa? Swipe sauce?
Swipe sambal? Apooo! hahahaha
Antara lauk2 yang mereka sediakan pada hari tersebut ialah:
- Ayam masak lomak cili api
- Keli belado
- Sambal gesek
- Sayur kacang goreng
- Sambal belacan
- Ulam & Ikan masin
- Pisang
- Air sirap jug
L I C I N |
Last minute plan, tak sangka pula dapat jumpa Menteri
Besar Negeri Sembilan, Yab Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun. Dapatlah
rasa makan satu row dengan YB walaupun tak sedulang hahaha.
Tak pastilah kenapa muko sumo eh tokojut sakan masa ni hahahaha |
Kalau korang nak makan sini, pastikan book sehari
sebelum. Kalau nak makan gulai kepala kambing kena book lagi awal, sebab
penyediaan tu lama. Nak cari kepala lagi haaa.
Kawan Jepun Kekwa, Megumi kata ayam masak lomak cili api
sedap! Dia makan 2 ketul. Ekor ikan keli tu dia makan 2 ke 3 tah. Siap ambil
dari dulang sebelah lagi tu hahaha. Memang sedap tak dinafikan. Bolehlah korang
cuba nanti!
Kekwa’s Favourite?
Mestilah catfish swimming in the chillies!!!! KELI
BELADO. Sodappppp. Podeh!
|
Antara pakej-pakej yang disediakan |
Pose satu kali dekat Tangga istana ni |
Lepas dah kenyang tersandar, moleklah kiranya kita bakar
lemak pula!
Destinasi seterusnya ke:
3. ATV KG JKIN EXTREME PARK
Orang siap pergi Yogyakarta nak pergi main buaian
tinggi, Kali ni tak payah dah! Sebab dekat Malaysia dah ada iaitu di:
ATV KG
JKIN EXTREME PARK, NEGERI SEMBILAN.
Kalau dari Muzium Negeri,Seremban tadi nak ke Kg
Jkin adalah dalam 20 minit lebih kurang.
Selain ada aktiviti2 lasak mereka juga ada tempat
penginapan
Nak naik tandu ni pun boleh! |
Megumi picture from Instagram : @DiscoveryMalaysian |
Lejen betul air botol long chan ni! |
Kekwa’s Favourite?
ATV! Dan buaian extreme! Mula2 takut juga kalau
tergelongsor tak pasal2 keluar berita
“Pesakit kanser yang terlalu riang, mati akibat
tergelongsor dari buaian” tak pasal2 je. Jangan risau,alatan keselamatan dia
lengkap. InshaAllah nothing happen kecuali gambar yang cantik seperti dibawah
hahahaha
Instagram: @DiscoveryMalaysian Thank you bang ambil gambar ni! |
Macam cuak je muka tu ema hahaha Instagram: @DiscoveryMalaysian |
Kemudahan
- Surau
- Tandas
- Gerai (Dapor Perempuan Cantik)
- Penginapan (Kg jkin resort)
Alamat:
Jalan Bukit Putus Lama, 361,70400, Seremban, Negeri Sembilan
Contact
Call: 011-20893883
Facebook page: https://www.facebook.com/pages/category/ATV-Recreation-Park/ATV-KG-JKIN-192309124685427/
Instagram: https://www.instagram.com/atvkgjkin/
KALAU KORANG NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ATV KG JKIN EXTREME PARK BOLEH BACA DI POST INI ---- Tekan di sini
Seterusnya kami makan malam di
4. BENTENG WALK
Kami datang di sambut dengan paluan kompang. Dah rasa
macam berarak pengantin dah. Cuma pasangan je takde haha. Bertambah meriah
Benteng Walk dengan kehadiran YB PUAN NICOLE TAN LEE KOON, Adun Bukit Kepayang.
Benteng Walk ni kira macam Uptown lah untuk Seremban. Ada
macam2 jual. Antaranya:
- Street food
- Gadget
- Clothes
- Preloved items
- Vape
- Islamic stuff
Dan macam2 lagi. Malam2 hujung minggu takde buat apa,
datanglah Benteng Walk. Selain makanan, korang juga akan dihiburkan oleh
busker-busker tempatan. Hari tu macam2 lagu popular dia mainkan. Layan juga
makan sate minang sambil dengar lagu Hotel California haha.
Instagram: @DiscoveryMalaysian |
Terima kasih PDRM yang melancarkan perjalan trip #TeghojahN9! |
Main sudah, makan pun sudah beransurlah pulang ke
hotel.
5. KLANA RESORT, SEREMBAN
Klana Resort merupakan antara resort yang tertua di Negeri Sembilan. Pelancong yang ingin melawat tempat-tempat menarik di Seremban Kekwa suggest bermalam di Klana Resort kerana kedudukan resort ini berada di tengah-tengah bandar Seremban. Dekat dengan beberapa tempat bersejarah seperti Muzium Negeri, Galeri Diraja Tuanku Jaafar dan lain-lain.
Apa yang 'best' di Klana Resort?
- Mereka mempunya kolam yang besar dan berbentuk lagoon. Boleh water rafting lagi tu!
- Sesuai untuk sesiapa yang nak buat team building dekat sini sebab ada flying fox, rapelling, high ropes dan macam-macam lagi outdoor activities yang boleh di buat di Klana Resort boleh tengok sini -- Tekan Sini
- Kalau korang peminat makanan jepun, tak perlu ke sushi king. Di sini pun ada tau! (Yuri Japanese Restaurant.)
Antara bilik-bilik yang mereka ada
- Deluxe Room
- Premium Room
- Garden Premium and deluxe room
- Pool Premium and deluxe room
- Family Suite (New)
- Presidential Suite (Coming soon)
Hari tu masa Kekwa datang, Kekwa dapat bilik premium room, mengadap pemandangan kolam. Cantik! Tandas besar. Memang selesa!
Ni trip pertama. Lepas trip pertama tak ambil gambar dah sebab tekun makan macam-macam jenis dari roti, bubur ke mee hahaha |
|
Korang boleh baca lanjut tentang pengalaman Kekwa bermalam di Klana resort di post ni
..
..
menarik... suka bila ada complete mcm ni. mudah nk buat rujukan... (1st time dtg sini, salam ukhwah... nk follow each other? jemput follow blog saya dan saya akan followback)
ReplyDeleteterima kasihhh! done follow :)
Delete