Tuesday 2 October 2018

Journey To Heal : Relapsed

September 2016,

Hampir sebulan aku kembali ke UIA. Dalam pada waktu itu juga, batukku kembali. Kali ini lebih teruk dari dulu. Aku tak boleh tidur baring, muntah tanpa henti, serangan astma secara tiba2. Terima kasih buat sahabat TTL ku yang sudi menghantar aku ke kelas dan ke klinik UIA disaat aku diserang asthma. Aku fikir mungkin kerana aku terlalu penat dengan suasana belajar yang dah lama aku tinggalkan. Dipertengahan September, aku seperti biasa ditemani ibu ke PPUM, untuk check up secara berkala. Doktor mengesahkan terdapat benjolan sebesar biji guli di leherku. Dan doktor menyarankan aku untuk melakukan biopsy bagi mengambil sel tisu di kawasan benjol untuk mengesahkan sama ada sel kanser mahupun sekadar benjolan biasa. Setelah melakukan biopsy, ternyata, kanser tidak mahu berjauhan denganku  malah kau membiak sesuka hati di leher jinjangku. Biadap sungguh kau, Makcik Kanser! (berdrama pulak. nampak stress je  semua baca. kasi senyum sikit hehe)





Setelah beberapa kali 'Study leave', akhirnya aku berbincang dengan ibu dan ayah untuk mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Ada yang kurang senang dengan keputusanku, tetapi kau tidak berada di tempatku. You will never truly understand the struggles of another person. Takpelah, one day maybe you will understand why. I believe in Allah' plan. Rezeki aku mungkin bukan disini. And i know both of my parents pun risau (till now, i guess haha). Sampai ayah usaha macam2 cari peluang kerja, disamping i do my job, follow the treatment plan. Mungkin belum tiba masanya. sooon verryyyyyy  sooonnnnn, inshaAllah!



2017

Aku menjalankan rutin aku dirumah seperti biasa. Kadang2 masak, kadang2 baca article, menonton tv. Aku berhenti rawatan di PPUM atas sebab aku tak larat untuk menjalani chemotheraphy untuk keberapa kali entah. Dan juga atas sebab aku tak berapa rasa 'dekat' dengan doktor yang merawatku. Ada ke dia kata kalau aku tak jalani rawatan chemotheraphy aku boleh mati. Ada orang takde kanser pun, mati dalam kemalangan. Ada sesetengah doktor lack of social skills. Kalau doctor ada good communication skills sekaligus boleh bagi positive impact on patient's psychology, mental health, emotinal etc. Ni kalau datang je jumpa 'Okay, esok you mati' Memang aku stresslah sepanjang zaman. hahahhaha. Betapa powernya seorang doctor yang ada good communication skills, sampai bila2 aku ingat nama dia. Antara, Dr.Site Nor (UIA), Dr Sharifah pakar hemato (HTJ Seremban) and ada few lagi yang i will mention their names in my next post. InshaAllah :)

Tak banyak perkara yang berlaku di tahun 2017. Both good and sad year lah, i must say. Kehilangan Tok pah yang aku cintainya. Tanpa jemu menasihati aku dan memberi aku semangat. Yang sentiasa kata aku cantik walaupun aku berkepala botak. May you rest in peace, my grandma. Al-fatihah..Dan, Alhamdulillah dapat jejak ke tanah suci mekah dan madinah, ada masa lapang aku akan kongsikan momen2 aku disana. Cuma setelah balik dari Umrah, batukku kembali menjadi2. Pelbagai rawatan alternatif yang aku cuba, ke kuala pilah, gombak, melaka,kajang. Tetapi semuanya tidak menujukkan keputusan yang memberansangkan.

Rindu arwah kak nad :(




Oktober 2017,



Tengoklah tinggal tulang je tu. jalan pun melayang,
kalau kena tiup angin mungkin dah sampai London dah hahahaha


Ayah sekali lagi terpilih untuk menyertai Misi pbb di Sudan selama setahun. Hampir seminggu ayah sudah berada disana. Sedihku tak terkira. Rindu barangkali. I cry almost everyday. Ibu pun runsing. Bermula dari situlah, badan aku semakin susut, seleraku semakin hari semakin berkurangan. Percaya atau tidak, sejak dari itu juga aku terpaksa memakai adult diapers kerana, tiap kali batuk, aku tak mampu menahan air kencingku dari keluar lalu membasahi seluar. Sehinggakan nak solat pun tak boleh, terpaksa ambil wuduk berkali-kali, akhirnya ibu menyuruh aku jama' sahaja. (Aku ada research tentang situasi ini, yang membolehkan kita jama' sekiranya uzur dan tak mampu menahan najis) Tiap kali nak solat,bergenang air mataku mengenangkan nasib. Ibu meletakkan tilamku di ruang tamu. Supaya mudah pergerakkanku. Antara sebab aku tidak boleh tidur malam kerana tiap kali aku baring batukku tak berhenti, kadang2 sehingga asthma menyerang. Tiap malam juga ibu berjaga mengurut badanku dengan minyak panas supaya aku bisa tidur lena. Kadang2, ibu buatkan air lemon dan madu. Pengorbanan seorang ibu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. I probably don't share much about my mom here, but i share a lotttttttt, like a lottttttttttt to Allah. (praylah deii!) Setiap kali solat, walaupun terkejar masa macam mana pun, aku akan doa dekat Allah buat mahligai besar gedabak dekat syurga nanti (since my parents love house so much hahahahaha) bagi segalanya kesenangan untuk mereka di akhirat kelak. (AMEEN RAMAI2 YALLS!) They had suffered so much in this world because of me  :((



31 Januari 2018





Me and new bestfriend, Cik Wheelchair! Masa ni jemput ayah di KLIA.
 Kali pertama pulang bercuti sepanjang berkhidmat di Sudan.

Lepas magrib ke isyak tah, i cant remember. Sesak nafas kembali. Kali ni memang tak boleh tahan lagi terpaksa berkejaran ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Ketika ni ayah sudah berada di Malaysia pulang bercuti 2 minggu. Aku dimasukkan ke Kecemasan Zon Merah, sebaik sahaja keputusan xray dibuat. Terdapat rongga2 air memenuhi peparu kananku. Itu yang menyebabkan aku batuk dan sesak nafas. Alat bantuan pernafasan diberikan untuk memudahkan aku bernafas, sementara menunggu katil kosong di ward. Tepat jam 1 pagi, baru aku dibawa naik ke wad 6.
Cukup untuk setakat ini sahaja dahulu. Untuk post seterusnya aku akan sambung di lain waktu. Terima kasih membaca, dan terima kasih Tuhan untuk peluang entah ke berapa kali kau beri untuk aku bernafas didunia ini....






Lapar sebab tak dinner lagi. makan tomyam pukul 1 pagi pun jalan. 






Sedapnya Along masakkan :')