Sunday 25 September 2016

Random post : Little things


Produktif ahad. Bangun pagi pergi laundry, kemas bilik, do assignments..etc. Plan asal nak ke Taman Layang-Layang, sekali jam. Lupa pulak hari ahad plus masa tu peak hour orang nak balik. Tapi  dapatlah lalu dekat Taman Layang-layang, nampaklah layang-layang bertebangan gitew. Aku pergi dengan Dina je. Lain semua ada hal. Anyway, I’ll always love the small things the most. Jalan-jalan naik kereta, listen to random songs.And i love saying random things in the middle of conversation. like, tiba-tiba borak pasal plat kereta orang, tentang kehidupan, tentang betul ke setiap keputusan yang kita buat dalam kehidupan ni. Somehow, we all want to be understood, to be cared for, to feel love. Tapi kita selalu lupa, benda2 small things ni lah yang banyak membantu dalam sesebuah hubungan (either with ur family, friends or partner) K lah dah mengantuk. Nama pun random jadi sesuka hati aku je nak end post dengan ayat sampai tak sampai. haha. 

Good Night!

Friday 23 September 2016

Life Updates : Minggu ketiga di UIA


Walaupun dah minggu ketiga di UIA, aku masih dalam dilema dengan keputusan yang aku buat. Moga Tuhan tunjukkan jalan disebalik kekusutan yang melanda hidup. 





Hari pertama di UIA,

Macam biasa aku menangis sama macam hari pertama degree 2 tahun lalu.haha Tapi kali ni lagi sendu. Aiman dah janji kononnya nak teman register subject manually, hampeh dia yang masuk hospital :'( (Get well soon Aiman!) Jadi aku mengharungi onak ranjau prereg seorang diri sambil meroyan dekat group whatsapp TTL betapa banyak kalinya aku sesat dalam kuliyyah sendiri. Semester kali ni katanya tukar dean baru jadi sistem prereg pun dia tukar. Dah tahu student hs seramai-ramai umat, admin tetap berfikiran seperti otak di kepala lutut. Sabar jelah aku!

Hari ketiga baru aku settle prereg. Plus, kena beratur panjang gila. Dari kuliyyah hs, ke kuliyyah irk ulang alik cari lecturer. Sampai ke harini aku tak dapat jumpa academic advisor punyalah ramai hari-hari orang nak jumpa.




Botol yang ketiga haha. 



Minggu kedua di UIA,

Aku dah mula dapat rentak kehidupan. Aku join teater, pergi usrah and chilling with TTLs and Pqunk. Aku cuba untuk sibukkan diri dengan macam-macam aktiviti. Roommate aku pun perasaan aku ada dekat bilik bila diaorg nak tidur je. Sebab meeting sampai pukul 12 malam setiap hari. Pukul 8.30 dah pergi kelas, memang jarang betul tidur. Aku rasa semester ni rasa lapang lagi. Kalau semester 1 dulu, lagi takde kehidupan. Nak makan pun tak sempat apatah lagi keluar makan dekat luar. Src punya pasal hahahaha.




Masa audition untuk teater cermin. 



Minggu ketiga di UIA.

Aku baru balik dari KL fest. Dina ajak makan malis. Then, we went to daiso and kaison. I bought notebooks, slipper, box and few cute stuff. hihi. Sepatutnya weekend ni nak habiskan masa dengan baca buku Me Before You dan Genesis, tapi entah bilanya tah nak sentuh. haha. 



books!







Notebooks dia cantik  and murah. I beli dekat kaison.


Tak tahu nak letak apa lagi dekat blue board ni. I just letak schedule, assignment dateline and pictures of my fav people. <3






Ada 2 helai je baju kurung lain semua blouse and jubah hitam hahahahaha




To be honest, aku perlahan-lahan tengah cuba faham apa yang jadi dalam hidup aku. Satu-satu jadi. Satu persatu Allah tarik nikmat. Satu persatu Allah uji. Sehinggakan sampai satu saat, aku rasa nak rempuh je semua. Nak jadi apa jadilah. Tapi bila fikir balik ada hikmah yang tersembunyi yang aku sendiri tak nampak dan tak faham lagi. Buat masa sekarang, aku nak fokus belajar. Aku nak timba ilmu banyak2. Aku nak baca buku banyak, pergi intellectual talk, join teater, belajar chord guitar baru, pergi usrah. Aku tak nak orang pandang aku as perempuan yang dah habis belajar kena duduk dapur je. Aku nak jadi perempuan yang orang tak berani nak pijak. Perempuan yang orang respect sebab ilmu bukannya kecantikkan. Ive nothing to be proud of. Walaupun betapa menyampahnya aku dengan sistem pendidikan Malaysia, nak tak nak kena juga harung.

Okaylah. aku ada kelas esok.  lately blog ni agak hambar. Rasa macam slowly passion aku terhadap menulis dah berkurang. Nak berlawak apatah lagi. Semua benda nak serius. Sebab aku dah penat dengan perangai tak matang. Penat kena deal dengan perasaan dan attitude sendiri yang terumbang ambing. Doakan aku kuat. Doakan kanser aku tak relapse. Doakan moga hati dan jiwa aku hanya buat Tuhan. Doakan moga tiada lagi perempuan ditindas. Doakan moga tiada sesiapa yang akan rasa toxic relationship. Doakan moga aku tak dependent dekat sesiapa. Doakan moga aku tak lupa orang yang pernah hargai dan jaga perasaan aku. Doakan moga aku dapat grad dengan jayanya. Doakan ibu ayah aku dapat lihat aku bahagia. Doakan aku dapat ke Tanah suci. Doakan aku dapat jadi orang bermanfaat buat agama bangsa dan negara. Doakan aku lupa sesiapa yang pernah buat air mata aku mengalir tanpa aku sedar menyakiti diri aku sendiri. Doakan aku supaya berhenti rasa kurang dan serba salah. Doakan aku supaya aku sentiasa jadi orang yang penyayang dan pemaaf...

Kepada sesiapa yang aku pernah kecilkan hati, sakitkan hati, lukakan hati. Aku minta maaf. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekejap cuma. Moga Tuhan jagakan kau buat aku. Moga lain hari, kita ketemu seperti doa2 yang aku sering titipkan. Untuk tika ini, biar kita cari diri kita sendiri. Biar masa yang mengajar aku dan kau untuk jadi yang lebih baik di sisi Tuhan. Terima kasih untuk beberapa purnama yang mebahagiakan. 




selamat malam dunia!








Thursday 22 September 2016

Kekwa Ke Port Dickson : Lexis Hibiscus & Muzium Tentera Darat


Helloooooooooooooooo people!

Sesak napas hamba tatlkala masuk semula ke UIA after almost 2 years tangguh disebabkan treatment and so on. Next post, im gonna share with you guys tentang selok belok ranjau cabaran kehidupan di UIA haha. Jadi, sebelum itu  izinkan saya untuk menghabiskan sisa baki kehidupan sebelum saya tak kenal apa erti blogging.cewah! Ada banyak juga post yang tak habis lagi taip. Busy reschedule my life plan. Sama ada nak teruskan impian jadi psychologist atau minat nak jadi DJ suria fm. Padahal dua2 dari cabang yang berbeza haha. Tak kisahlah,i just go with the flow, shall we? :)

Minggu2 lepas ayah bawa kami sekeluarga bercuti di PD. Memandangkan aku dan adik nak sambung belajar this september (dah masuk dah padahal), jadi sebelum menangis buat assignment 10 pages sambil menyanyi lagu balik kampung sudirman, ayuhlah kita bercuti sakan dulu. 

Ayah booked hotel Lexis hibiscus di Agoda. Lexis ada dua ya dekat Port Dickson. Satu Grand Lexis, satu lagi Lexis Hibiscus. Sementara tunggu ayah habis solat jumaat, aku, adik dan angah pergi muzium Tentera Darat. Aku dah pernah masuk dah tapi adik dengan angah yang nak sangat masuk so pergilah lagi sekali.hihi

Malas nak cakap banyak untuk post kali ni. Jadi biar gambar berbicara gitew!

MUZIUM TENTERA, PORT DICKSON




Gigih panjat train untuk dapatkan pose ala-ala kajol lelambai dekat shah rukh khan.





Ulat dan kereta bapaku pulang dari kota. 








dengan abang sayang sebelum pergi menuai padi. 







''i will survive'" pose



LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON!


Lobby



Lepas check in, nak pergi bilik memang kena naik buggy. bilik lexis hibiscus memang hazabedah jauh sempot ko kalau jalan ulang alik. Buggy ni memang 24 hours. Memang sentiasa ada. Dia punya laju rempit wikang kampung bahagia 1/7 pun kalah. 







Katil dia besar gila satu katil muat tiga orang. Kitaorg satu family tidur sebilik. Bapak tidur dengan ibu and adik baby. Iols tidur dengan kakak2 iols. hihi




Toilet dia lawa gila k. kalau berendam memang sampai esok tak nak keluar. 




first time tak berebut cermin dengan adik beradik. haha Merata-rata cermin. 





cermin ni dekat dalam bilik. Bilik dia atas laut. Jadi dapatlah kau tengok nemo tengah buat apa dekat bawah tu haha







MY FAV PART OF COURSE LAH THE POOL!!!!!!!



Kekwa bebajet retis panas kenot tahan anymoreeee



Kekwa tenggelam dalam lautan cintamu abang sudin!








Muka bahagia masing2 lepas chong wei menang lawan lin dan haritu hihi



Kekwa lagi menikmati air kelapa sambil menangisi kesepian jiwa. ceh drama!




Berenang tengah2 malam takde siapa nak marah. Oh lupa nak bagitahu, paras air kolam sampai paras dada. 



bapak ajak cycling pagi2 semua semangat olimpik kekonon.

 


Okay itu je sekian dari saya!!!!
Bye hihihihihihihihihihihihihihihi